-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Tuesday, January 31, 2012

Tarikh Penting !! :]

sedar tak sedar hari ni dah 7 Rabiul Awal.
tak lama lg 12 Rabiul Awal ialah berlakunya peristiwa yg paling besar bg Umat ISLAM iaitu hari kelahiran manusia teragung Muhammad S.A.W.




MAULIDUR RASUL

*Seluruh ulama sepakat bahawa maulid tak disambut pada masa Nabi S.A.W. masih hidup dan pada masa pemerintahan khulafa arrasyidin...

Maulid Nabi ini mula disambut pada abad ke 4 Hijrah oleh dinasti Fathimiyyun di Mesir ( al Magrizy dalam bukunya Al khutath).

♥ Rasulullah S.A.W. bukan idola dan ikon. Tetapi baginda ialah Qudwah Hasanah dan ikutan sepanjang zaman. Rasul adalah makhluk paling mulia ♥
teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:30 AM 0 suRat ciNtA

Monday, January 30, 2012

Kerana Di Situlah Keindahan Hidup

Sering saya ungkapkan takdir sentiasa mengatasi tadbir. Justeru takdir itu daripada Allah Yang Maha Perkasa manakala tadbir daripada manusia yang lemah tidak berdaya.
Namun itu bukan bererti kita lemah dan pasrah... jadi "Jabariah" dalam hidup itu.
Atau mengaku super hingga terjebak dalam "Qadariah" ketika merasakan diri bebas daripada ikatan Allah.
Kita umat pertengahan - ahli sunnah yang gigih mengatur sebaik tadbir, sekali gus menghulur setulus doa untuk dikurniakan Allah sebaik takdir!
Sejak awal tahun lagi saya ditakdirkan banyak bersama remaja. Daripada anak-anak sendiri, mahasiswa IPTA dan IPTS , ekskutif, usahawan sehinggalah pengacara TV.
Banyak yang saya sampaikan dan banyak juga yang saya belajar.
Saya bersyukur kerana jiwa jadi lebih dinamik dan bertenaga ketika diterjah oleh pelbagai persoalan oleh mereka.
Antara soalan yang kerap ditanyakan ialah apa yang hendak kita lakukan apabila ada sahaja yang tidak kena dalam hidup ini.
Ada ketika-ketikanya, kita terasa apa yang dibuatnya serba tidak kena.
Pada hari, minggu atau bulan yang malang itu, kecelakaan seolah-olah datang timpa menimpa.
Bangun Subuh lewat, baca Quran luput, solat resah, dimarahi oleh bos, duit gaji lambat, bergaduh dengan kawan, tayar motosikal meletup dan macam-macam lagi.
Jadi, kalau demikian halnya, apa yang sebenarnya tidak kena?
Dan bagaimana hendak membetulkan keadaan? Hendak bermula dari mana? Wah, pening kepala dibuatnya.

Ubah keadaan luaran atau ubah diri sendiri?

Mungkin anda juga pernah mengalami situasi begini, dan tentu sahaja kita tercari-cari panduan bagaimana hendak membetulkan semula semua keadaan yang bercelaru itu?
Dalam apa jua keadaan, remaja hendaklah faham bahawa bila keadaan tidak seperti yang diingini, langkah kita bukanlah mengubah keadaan itu tetapi terlebih dahulu mengubah diri kita sendiri.
Ramai orang tersilap, justeru mereka hendak mengubah keadaan luaran sebelum mengubah diri sendiri.
Sunahtullahnya tidak begitu.
Dalam apa jua kondisi, mengubah diri itu perlu diutamakan kerana itulah yang akan mengubah keadaan yang kita hadapi.
Jadi, apabila berdepan dengan masalah kewangan, dimarah ayah-ibu, tayar motor yang meletup, bergaduh dengan kawan-kawan... hendaklah diingat, ubahlah diri kita sebelum cuba mengubah perkara-perkara yang di luar diri kita.
Pertama, remaja perlulah memahami bahawa kehidupan ini disusun dengan satu peraturan yang sangat rapi dan saling berkait rapat antara satu sama lain.
Peraturan ini dinamakan Sunnatullah.
Barat menamakannya 'law of nature'. Hukum Sunnatullah ini juga dikenali sebagai 'cause and effect' (sebab dan akibat).
Hukum ini bukan sahaja berlaku dalam bidang fizik, biologi, ekonomi dan lain-lain.
Malah ia juga berlaku dalam putaran kehidupan. Allah swt telah mengaturkan bahawa setiap akibat yang berlaku mesti mempunyai sebab atau punca.
Jika seseorang itu bersedih, tentu terdapat sebab-sebab yang menyebabkan dia bersedih.
Jika dia gembira, tentu terdapat sebab-sebab yang menyebabkan kegembiraan itu.
Oleh itu jika kita dapati kehidupan kita seperti serba tidak kena, maka hendaklah kita akui bahawa mesti terdapat sesuatu sebab yang menyebabkan keadaan yang serba tidak kena itu.
Sebelum mencari di mana penyebabnya, kita hendaklah terlebih dahulu mengakui akan ujudnya penyebab itu.

Membuang sikap ego

Tidak mungkin kita akan menemui sesuatu yang kita cari jika kita menafikan akan kewujudannya.
Jadi, langkah awal mengubat sesuatu yang tidak kena ini ialah membuang sikap ego.
Maksud ego di sini ialah kita mengatakan atau menganggap tiada 'penyebab-penyebab' pada keadaan yang serba tidak kena itu.
Ramai antara kita yang merasa ego, dengan berkata, "entahlah... saya tidak tahu apa yang tidak kena lagi, semuanya sudah saya lakukan, tapi gagal juga.
Dah nasib..." Atau ada yang berkata, " tak mungkin jadi begini, semuanya sudah ok sejak mula, tiba-tiba sahaja jadi begini?"
Cakap-cakap yang seumpama ini sungguhpun biasa kita dengar namun, jika diteliti ia jelas bermaksud yang penuturnya seolah-olah tidak mahu mengakui ada kesalahan yang menyebabkan sesuatu yang negatif berlaku.
Ada juga orang yang mengakui adanya penyebab-penyebab tertentu tetapi penyebab itu adalah orang lain. Bukan dirinya. Ini juga satu petanda ego.
"Saya tidak salah, yang salah bapa saya, kawan saya, motor saya..." Ketahuilah, sikap reaktif ini tidak akan menyelesaikan masalah.
Bahkan akan menambah masalah. Apa yang perlu kita cari ialah kesalahan diri kita sendiri.

Kehidupan kita, pilihan kita

Kita tidak boleh terus menyalahkan orang lain di atas apa yang menimpa kita. Hidup kita adalah tanggung jawab kita justeru apa yang berlaku dalam kehidupan adalah pilihan kita sebenarnya.
Orang boleh menimpakan sesuatu ke atas kita, hanya apabila kita 'mengizinkan' ia berlaku. Yang menyebabkan kita susah hati, bukan kemarahan teman-teman, tetapi apabila kita mengizinkan kemarahan teman itu menyusahkan diri kita.
Secara pro-aktif, kita boleh memilih respon kita pada sebarang situasi dalam hidup... Bila dimarahi, kita boleh memilih untuk sabar dan berdiam diri, atau marah dan bertindak-balas... terpulang!
Kitalah yang menjadi penyebab utama kepada berlakunya sesuatu akibat.
Kita perlu mengetahui, mengetahui dan mencari kesalahan itu dalam diri sendiri.
Oleh itu, bila ditimpa masalah maka muhasabah tentang perlakuan kita di semua dimensi.
Dimensi hubungan kita dengan Tuhan, manusia, pekerjaan, kewangan, kesihatan, tanggung jawab dan peranan yang telah diamanahkan bagi kita melaksanakannya.
Telitilah terlebih dahulu soal-soal besar dalam hidup kita tetapi jangan lupa... soal-soal kecil juga kadangkala memberi impak besar untuk menyumbangkan sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan.

Kecil-kecil dan beransur-ansur

Sekali lagi diingatkan, dalam mencari penyebab-penyebab atau punca-punca masalah, kita jangan hanya bertumpu mencari penyebab-penyebab yang besar.
Sebaliknya carilah penyebab-penyebab yang kecil-kecil. Kita boleh umpamakan diri sebagai seseorang yang sedang berjalan.
Jarang orang terjatuh akibat terlanggar batu-batu besar.
Sebaliknya ramai yang terjatuh apabila terpijak batu-batu kecil, kulit pisang dan sebagainya. Penyebab-penyebab yang kecil sebenarnya boleh memberi 'impak' atau kesan yang beransur-ansur.
Kita mungkin tidak nampak atau tidak perasan pada awalnya, tetapi secara tiba-tiba sahaja keadaan sudah menjadi buruk.
Ingatlah, menyelesaikan masalah harus dilakukan persis bagaimana ia bermula.
Contohnya, berat badan kita tidak menambah 10 kilogram dalam jangka masa sehari dua.
Tetapi ia bertambah sedikit demi sedikit. Maka, untuk mengatasi masalah berat badan itu, tindakan untuk mengurangkannya pun mesti dilakukan secara beransur-ansur.
Adalah mustahil untuk mengubahnya secara mendadak.
Sesuatu yang runtuh secara beransur-ansur perlu dibina secara beransur-ansur juga. Barulah tindakan kita nanti akan berhasil.
Misalnya kita menghadapi masalah bajet yang tersasar daripada apa yang ditetapkan. Kita perlu sedar bahawa kebiasaannya 'terlebih bajet' ini bukanlah disebabkan 'kebocoran' perbelanjaan yang besar-besar.
Sebaliknya ia berpunca daripada sikap tidak mengambil berat perbelanjaan yang kecil-kecil – yakni wang yang kita keluarkan untuk membeli barang-barang yang tidak perlu tetapi murah harganya secara tidak menentu masanya.
Perbuatan inilah yang sebenarnya memberi kesan besar yang buruk kepada bajet kita.
Tawaran harga murah pada sesuatu barang menyebabkan kita mula hilang pertimbangan dan mula membeli bukan atas dasar keperluan, tetapi sebab murahnya barangan itu.
Begitu juga buat remaja yang menghadapi masalah kegemukan. Kegemukan tidak pernah berlaku secara drastik.
Ia berlaku secara beransur-ansur hingga ke satu tahap, barulah kita terkesan bahawa berat badan kita sudah 'over'.
Jangan cuba mengubahnya secara mendadak.
Kita pun mula bersenam secara 'maraton', menjalani skim diet yang terlalu ketat dan macam-macam lagi tindakan yang agresif dan ekstrem.
Apa jadi akhirnya? Kita kecewa, kita mengalah dan akhirnya berputus asa bila melihat kesannya tidak seberapa.
Ya, segalanya perlu diubah secara perlahan-lahan, misalnya dengan mengubah cara pengambilan makanan, menukar kepada menu yang sihat dan bersenam secara ringan tetapi konsisten.
Jangan sekali-kali membiarkan perut kosong pada jangka waktu yang lama, ini akan menyebabkan kita mudah mendapat penyakit ulser atau gastrik pula.
Oleh itu, bertindaklah secara bijak dan beransur-ansur. Ini lebih ringan dan realistik untuk mengubah keadaan! Seperkara lagi ketika hendak memulakan sesuatu proses perubahan, jangan sesekali kita memikirkan kesempurnaan.
Kelak, kita mungkin tidak akan memulakannya langsung. Oleh itu, bermulalah dengan membuat perkara-perkara yang kecil dahulu.
Untuk memperbaharui penampilan diri misalnya, janganlah diharapkan wajah, bentuk dan gaya anda seperti bintang filem dalam masa yang singkat.
Anda akan kecewa jika mengimpikan kesempurnaan yang semacam itu. Sebaliknya, buatlah yang terbaik pada skala diri anda sendiri. Jangan bandingkan kita dengan orang lain secara tidak sihat.
Cuba bayangkan penampilan diri sendiri yang paling bergaya, cantik dan menarik – jadilah anda yang terbaik.
Itu pun secara beransur-ansur. Jangan mengharapkan kesempurnaan, kerana ini akan membantutkan semangat anda untuk menangani masalah penampilan diri itu.
Elakkan daripada cepat berputus asa dan hendak melihat hasil yang segera.
Jangan naik anak-tangga secara berlari. Ada kalanya perubahan yang kita telah berbuat itu sudah pun menunjukkan kesannya, cuma ia belum kelihatan.
Konsep ini sama seperti ketika kita hendak mencairkan air batu dengan cara memanaskannya.
Menurut hukum fizik, sekiranya mula memanaskannya, molekul-molekul air itu sudah pun bergerak.
Tapi sedikit demi sedikit. Pada mulanya ia seakan-akan tidak ada tindak balas tetapi lama kelamaan, air batu tiba-tiba terus retak dan mula mencair.
Ya, barulah kesannya nampak, walaupun sejak mula memanaskannya tadi, sebenarnya itu telah pun memberi kesan, cuma tidak nampak...
Ingat, sikap hendak melihat kesan yang cepat menyebabkan kita mudah kecewa dan patah semangat di sekerat jalan.
Akhirnya, kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir.
Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas.
Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.
Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan.
Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.
Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup.
Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hari... ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar.
Dan apabila datang kesedaran, kita tetap tidak alpa... ya, selepas ini akan datang kesusahan.
Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini.
Kehidupan adalah satu perubahan yang berterusan...
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini.
Bila yang dibuat 'serba tidak kena' itulah hakikatnya satu kehidupan. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, justeru di situlah keindahan hidup!

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:27 AM 0 suRat ciNtA

Thursday, January 26, 2012

114 "Surat Cinta" yang Tersia

Hampir tiga perempat drpd keseluruhab kita tidak mengetshui makna bacaan solat. Bayangkan tiga puluh tahun, tempoh yg cukup lama, bukan sekadar cukup utk memahami bacaan dlm solat, bahkan lebih drpd cukup utk menjadi seorg tahfiz !

Mungkin selama ini, kta sudh tahu yg kita tidak tahu, tapi kita bersikap tak apa, tunggu atau nantilah. Sedar tak sedar, sikap sambil lewa kita itu berlarutan hingga puluhan tahun. Sebabnya ialah kita tidak serius dlm solat dan puncanya kerana kita menganggap solat itu tidak penting.

" Mengapa Rasul dan sahabatnya begitu pentingkan solat?"

Teringat kisah bagaimana kaki Rasulullah SAW sehingga bengkak-bengkak akibat terlalu lama berdiri dlm solat. Terbayang pula bagaimana Sayidina Abdul Rahman bin Auf r.a. sanggup menginfakkan sluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratulihram dlm solat berjemaah pimpinan Rasulullah.

" Mengapa kita berbeza dengan mereka? "

Sebab kita tak rasa Allah itu penting dlm kehidupan kita.Kita hanya akn berhubung dgn seseorang bila kta rasa dia penting atau diperlukan. Bayangkan betapa resahnya jika kita tidak dpt berhubung dgn ibu bapa, anak isteri, bos, saudara dan teman rapat kita.

Allah lebih penting daripada segala-galanya. Sebab DIA-lah yg mengadakan segala-galanya itu untuk kita.
Bayangkan, kita umpama burung kakak tua yg berkata-kata tnpa memahami makna. Tidak hairanlah klau hati kita lalai dlm solat. Jika tidak faham, bagaimana hendak menghayatinya? Kita sujud, tapi hati kita tidak sujud. Kita ucapkan 'subhanallah' tapi tidak terasa sedang mensucikan-Nya.
Itu baru kalimat yg mudah-2, belum lagi doa Iftitah, al-Fatihah, tasyahud, Qunut dan lain-2. Dah hafal tapi tak faham maknanya.

Ni baru skit. Hanya beberapa kerat ayat Quran, selawat, tasbih, takbir dan tahmid. Macam mana agaknya dgn 6,666 ayat dlm al-Quran tu ya?
Betapa terasa agama ini kita ikuti tanpa erti, kita amalkan tanpa penghayatan, Seperti pelajar yg membaca buku tetapi tidak faham, bolehkah dia lulus dlm peperiksaan ?
Ya, bayangkan bagaimanakah agaknya rasa kita kalau menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih tetapi kita tidak faham apa yg dituliskannya. 

Allah - "Kekasih" org beriman itu telah mengutus 114 surahnya ; beberapa surah yg kita telah tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya dan perjuangkan tuntutannya ?Benar-benarkah kita cintakan Allah jika "surat cinta"-Nya (al-Quran) tidak kita usahakan utk membaca, memahami dan menghayatinya? Alhasil 114 surat cinta-Mu kami persiakan begitu sahaja...

Ya Allah ampunilah kami yang jauh daripada solat, jauh daripada al-Quran, justeru terlalu jauh dengan-MU! Astaghfirullah hal'azim. Bukan Kau ya Allah yang jauh, tapi kami ini yang menjauh.

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:11 AM 0 suRat ciNtA

Sunday, January 22, 2012

::.Rasulullah.::

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 3:46 PM 0 suRat ciNtA

✿◠‿◠) RENUNGAN BUAT DIRI DAN SAHABAT-SAHABAT (✿◠‿◠)


»» Hidup tanpa Ujian ••► kita tak akan kenal erti keTABAHan..

»» Hidup tanpa Dugaan ••► kita tak akan kenal erti keSABARan..
»» Hidup tanpa Cacian ••► kita tak akan kenal erti keSUNGGUHan...
»» Hidup tanpa Tohmahan ••► kita tak akan kenal erti keKUATan..
»» Hidup tanpa Akal ••► ibarat pohon tanpa buah...
»» Hidup tanpa Iman ••► ibarat bumi tanpa paksi..
»» Hidup tanpa Allah Swt ••► kamu memang tak layak di gelar seorang KHALIFAH...
❤ Hiduplah kerana Allah Swt,bukan kerana manusia..
❤ Hiduplah dengan iman,kerana ia jaminan kekuatan & keselamatan selama di dunia yg hanyalah persinggahan...Hari Akhirat jua kita di kekalkan..

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 2:33 PM 0 suRat ciNtA

Belajar Kehidupan Daripada Sang Daun

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali Imran 190-191).
Saudaraku, apa yang kau rasakan saat membaca ayat tersebut? Adakah kau merasakan ajakan Allah Azza wa Jalla untuk memikirkan ciptaan-Nya, yang mana bila kau lakukan maka Dia akan memberi tanda/petunjuk-Nya padamu?
Bila kita merenungi ayat tersebut kemudian mencuba mengikutinya maka akan terasa tanda-tanda itu bicara pada kita. Sebagai contoh sederhana, tahu daun kan?  Banyaknya daun di sekitar kita, mungkin kita tak pernah memikirkan pelajaran apa yang dapat kita petik drpd kehidupan daun.
Mungkin saat mendalami ilmu di sekolah yang berkaitan dengan ilmu biologi atau pertanian, ada sedikit pengetahuan akan kehidupan daun kita peroleh dari ulasan guru, baik tentang proses fotosintesis, kemanfaatannya buat alam, manusia, haiwan juga tanaman itu sendiri. Tetapi mungkin jadi kita menelaahnya hanya sebatas itu, tanpa pernah menyentuh hal ini dari sudut pandangan iman.
Saudaraku, mari sejenak kita perhatikan daun. Ya, sejenak saja dari sekian banyak waktu yang kita habiskan dengan segala rutin. Kita pasti tahu bahwa sang daun sejak tumbuh ia memiliki peranan penting untuk proses kehidupannya sendiri dan tak diragukan lagi teramat banyak manfaat bagi sekitanya termasuk untuk kita. Kau pun pasti sangat faham saat sang daun luruh ke bumi, ia tetap memberi manfaat sebagai humus yang menyuburkan tanah.
Tidakkah kita boleh mengambil hikmah/pelajaran dari putaran hidupnya ini? Ada sebuah tanda yang Allah tunjukkan pada kita tentang kehidupan daun. Mari kita gariskan, bahawa sejak tumbuh hingga luruh ke bumi ia bermanfaat untuk sekitarnya.
Tidakkah kita menginginkan kehidupan kita boleh bermanfaat seperti kehidupan sang daun? Di mana hal ini selaras  dengan apa yang diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)
Mari sejenak kita renungi pula hadith ini, dari Ibnu Umar bahwa seorang lelaki mendatangi Nabi saw dan berkata,”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah ? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?” Rasulullah saw menjawab,”Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan kedalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi utang atau menghilangkan kelaparan. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menuaikan) suatu kebutuhan lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini—yaitu Masjid Madinah—selama satu bulan. Dan barangsiapa yang menghentikan amarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa menahan amarahnya padahal dirinya sanggup untuk melakukannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk (menunaikan) suatu keperluan sehingga tertunaikan (keperluan) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak bergemingnya kaki-kaki (hari perhitungan).” (HR. Thabrani)
Mereka, kata Rasulullah, adalah sebaik-baik manusia. Mereka mendapatkan cinta Allah kerana kebaikan dan manfaat hidupnya terhadap orang lain. Para sahabat pada masa Nabi memahami secara mendalam sebuah kaedah usul feqah yang menyebutkan bahawa kebaikan yang amalnya dirasakan orang lain lebih bermanfaat berbanding yang manfaatnya dirasakan oleh diri sendiri.
Bila perjalanan hidupmu Saudaraku… masih sama denganku, masih jauh dari bermanfaat untuk sekitar, mulai saat ini mari menyusun langkah dan menata aktiviti kita dengan berorientasi pada kemanfaatan untuk orang ramai. Dengan segenap potensi yang Allah kurniakan, mari kita berjuang menjadi peribadi yang dicintai-Nya.
Indah sekali rasanya bila hidup kita diwarnai semangat untuk selalu menebar kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain. Elok juga rasanya bila ajal telah tiba mengakhiri aktiviti kita di dunia, namun nilai kemanfaatan dari apa yang kita lakukan tetap dirasakan oleh mereka yang masih berkelana di dunia.
Sungguh sangat bermakna pula ketika kita dapat memikirkan tanda-tanda dari ciptaan-Nya, seperti sang daun itu. Mari kita segera bergerak untuk belajar pada kehidupannya : dari tumbuh hingga luruh meninggalkan manfaat untuk sekitar.

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 1:33 PM 0 suRat ciNtA

Saturday, January 21, 2012




alhamdulillah.
hari ni ckup bilangan keluarga BESAR sy. hehe
smua berkumpul kt umh.
mmng bez r time org rmai ni. bercerita sana sini~
umh pun dh bising dan riuh rendah jdinya.
dan tadi Allah telah murahkan rezeki kami sekeluarga.
alhamdulillah, dh kenyang kami makan besar.
LOVE them so muchmuch <3

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:41 PM 0 suRat ciNtA

Wednesday, January 18, 2012

jalan-jalan cari makan :)

peristiwa ni dh basi dh pun sbnrnya. tp takperlh, sbb boriing sngt nk tulis jgk.
hari khamis lepas, pergi jln2 ngn kwn2 kt tempat biase [kbm].
mula2 pergi skolah kejap, teman kwn pergi hntr bku teks.
jumpa ngn cikgu2 tp xrmai pun sbb hari 2 ad mesyuarat rumah sukan n laen2.
kiteorang pun pergi lh ke tmpt yg ingin dituju dgn driver kiteorng. hehe
then, pergi lunch kt mekdi.
lepas siap lunch tue,ad org 2 bg hadiah ! yeayy ! *sambil lompat'' XD
lolipop besar punya !! thanx fifio~

smpai sekarang xhabis lg mkn lolipop tue. haha


ok, chow dlu. dh nk masuk waktu zohor.
JOM solat kawan'' !! :)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 1:20 PM 1 suRat ciNtA
Subscribe to: Posts (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ►  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (165)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (7)
    • ►  May (19)
    • ►  April (30)
    • ►  March (32)
    • ►  February (29)
    • ▼  January (27)
      • Tarikh Penting !! :]
      • Kerana Di Situlah Keindahan Hidup
      • 114 "Surat Cinta" yang Tersia
      • ::.Rasulullah.::
      • ✿◠‿◠) RENUNGAN BUAT DIRI DAN SAHABAT-SAHABAT (✿◠‿◠)
      • Belajar Kehidupan Daripada Sang Daun
      • alhamdulillah.hari ni ckup bilangan keluarga BE...
      • jalan-jalan cari makan :)
      • Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran
      • FAKTA : Kebenaran Islam Mendahului Sains Moden (ke...
      • Zizan Raja Lawak Ingin Berubah
      • morning ! mulakan pagimu dgn senyuman :)
      • JOM kita memasak !
      • ~ merancang mati untuk hidup ! ~
      • birthday girl !!
      • Gambaran Hari Kiamat
      • Life is Short
      • ~ hargailah hidup ini ~
      • Muhasabah Diri Anda :))
      • miss. rindu. sayang.
      • Waktu-waktu Berdoa
      • Ketinggian Nabi Adam a.s.
      • Al Imam Ghazali menjelaskan "Apabila seseorang hnd...
      • Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W
      • persediaan sebelum tidur =.=
      • Doa Ketika Bersujud Banyak Manfaatnya
      • azam baru
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (19)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +