-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Thursday, May 31, 2012

LAST DAY !!!

hari ni secara rasminya fairuz dah xbekerja lagi...yeayyy !!! *cewah,,macam bekerja rasmi pulak*
tapi jangan silap faham pulak,,berhenti bekerja yang dimaksudkan ialah dah xjadi 'babysitter'
hari ni hari last la kiranye~
hari sabtu dah nak bertolak ke seremban
sedih dalam gembira...hehe :')
i'm gonna miss all about my sweet home
to my 'babies' ---> jangan nakal2,jangan buat hal,jangan selalu meragam dan jangan jangan jangan semuanya :D yang paling penting jangan lupakan acik ^^
semoga perjalanan ke seremban dan seterusnya ke PJ semuanya selamat.selamat sampai ke destinasi
waahhh..!!first time berpuasa sebulan di perantauan




nota comel : menjauhkan diri dari on9 supaya x'onlinesick' kat sana :))

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 6:04 PM 0 suRat ciNtA

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday #2



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 6:52 AM 0 suRat ciNtA

Friday, May 25, 2012

OFF to Seremban ~~

off to seremban,negeri sembilan for 3 days and 2 nights... *termasuk perjalanan pergi dan balik*
sepupu fairuz kahwin 26hb atau orang kelantan panggil 'belaroks' :)
jadi,kami 1 family singgah rumah nenek dulu kat seremban
ok,see ya !
tataa~ chill =))

{ copy }

nota comel : mungkin apabila post ni di-publishkan fairuz tengah sibuk simpan barang2 yang nak dibawa. *auto post*

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 8:00 AM 0 suRat ciNtA

Thursday, May 24, 2012

peristiwa hari ini ~


first skali fairuz nak ucap thank you sooo much kepada 2 orang kawan fairuz yang teramat2 lah baik hati hari ni :)) *senyum sampai ke telinga*

alalala~ comelnye senyum sampai tertutup mata...

mereka ialah haliah//hanah & mimi
xsangka hari ni boleh sampai ke sekolah setelah beberapa hari plan tapi xjadi
kami bertiga round 1 sekolah *walaupun bukan semua bangunan kami round.hee~ * naik turun tangga bangunan baru yang tersangatlah tinggi.hewhew
kami pergi jumpa cikgu2 sebelum melangkah ke alam U
cikgu yang xsempat kami jumpa Sir Azmi,Teacher Rosmayati,Ustaz Halim,Ustazah Rohani,Sir Zul (nampak dari jauuh)
hari ni jgk xsangka boleh sampai ke rumah haliah n thanks sebab belanja kami ^.^
terima kasih kepada fairuz punye pro driver ---> mimi <--- sebab sudi hantar fairuz balik
tapi tadi nasib baik fairuz ada kat sebelah,kalau x,tersesat lah jawabnye.hehehe
so,kesimpulannya fairuz je yang xmenyumbangkan apa2 dekat mereka
sorryyyyy =_=

nota comel : cuak nak menempuh alam baru dalam hidup...

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 5:48 PM 1 suRat ciNtA

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday #1


nota comel : 1st time try buat wordless wednesday

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 8:19 AM 0 suRat ciNtA

Monday, May 21, 2012

Selamat Jalan :')

Selamat Jalan kepada semua kawan fairuz yang akan bertolak esok untuk pendaftaran USIM hari rabu ni.ESPECIALLY to one of my bestie.i love u forever n i'm gonna miss u ! belajar molep kat sana nanti..jaga diri.selamat meneruskan kembali perjuangan menuntut ilmu. be happy !! :) cepat2 cari saem deh~
nanti fairuz pula yang akan menyusul :')

nota comel : semoga Allah permudahkan segala urusan kamu semua. in sha Allah

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:56 PM 2 suRat ciNtA

koleksi gambar pertandingan dakwah ;)

:: Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah ::

:: Perjalanan dakwah tiada penghujung. Kita bukan pemula, bukan juga penghujung, tetapi penyambung, maka jangan hentikan perjalan itu..TERUSLAH BERJALAN ::

:: Berdakwahlah dengan rasa cinta kepada-Nya. Dakwah ini memang menuntut segala-galanya darimu. segala-galanya... ::

:: Cinta akan meminta semuanya dari dirimu ::

:: Remember... Allah is always listen. Even if everyone else won't ::

:: Serve Allah, as you would if you could see Him although you cannot see Him, He can see you. ::

:: Dan Dia (Allah) telah memberikan kepadamu (keperluan) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah ::


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 8:43 PM 2 suRat ciNtA

Sunday, May 20, 2012

SEGMEN : Saya Nak Doodle Polka Dot !


Nama : Fairuz
Warna tudung : #BD2083
Kasut : #411430

Tag--->> mieza kimbum & ainun

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:03 PM 1 suRat ciNtA

Friday, May 18, 2012

interview (?)

mesti tertanya-tanya kan interview apa yang fairuz nak bagitau ni. *biar xde orang tanya pun..huhu*
hmm,,hari ni fairuz pergi interview maktab//ipg
pukul 7.15 pagi lagi dah bertolak dari rumah dan terus memecut laju ke ipg kota bharu,pengkalan chepa
dan sampai kat sana lebih kurang pukul 7.35
tengok2 kat sana dah ada beberapa orang yang tunggu kat depan bilik temuduga masing-masing
tapi yang temuduga sebilik dengan fairuz ada sorang
tunggu punya tunggu sampailah beberapa orang lagi kawan2 yang sebilik dengan fairuz
kat surat tawaran tulis temuduga start pukul 8 pagi
tapi tadi start lebih kurang nak pukul 9 dah
setelah penemuduga tampal senarai nama kat pintu,,pergi tandatangan kat kertas tu
tengok2 ada sorang yang x hadir
dahla tadi semuanya dari sekolah maahad dan pakai tudung bulat,,fairuz sorang je dari smka dan pakai tudung biasa bidang 60...lain daripada yang lain.hehe
kiteorang temuduga berkumpulan dulu,diikuti temuduga individu dan akhir sekali INSAK
alhamdulillah,fairuz dapat lalui dengan jayanya tadi walaupun ada beberapa soalan yang xboleh jawab.hik3~
lagipun,fairuz xberharap sangat pun dengan maktab ni
tawakkal kepada ALLAH :D
terima kasih buat kawan2 tadi--->huda,atirah,mawaddah,ain,najihah,fadzlina
diorang semua baik2..siap bertukar2 no.fon lagi :)
nanti kalau sape2 yang dapat maktab ni,contact2 lah yer ;) *macam lah diorang baca*

nota comel : 1st time pengalaman interview..hehe ^^

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 12:09 AM 2 suRat ciNtA

Sunday, May 13, 2012

It's buzy time...!!!

dah brape hari ek xtekan butang 'new post' kt blog ni?? *thinking*
alah,,rasenye baru kejap je..
tu pun dah rasa rindu kat diary online ni..hehe
sekarang ni waktu sibuk sudah tiba setelah sekian lama rileks di rumah
kenapa sibuk?? buat2 tanya ke ni? haish !!
alhamdulillah,hari ni dah siap satu round
dan tinggal beberapa round lagi yang perlu disiapkan dalam masa 3 minggu
oh no..!!! cepatnye masa berlalu....
dah tiba masanya nak tinggalkan my sweet home  :'(
tapi nak buat macam mana lagi,perjuangan perlu diteruskan dan ilmu WAJIB dituntut
okey,,chow dulu~
see u next time my online diary *xtau lah bile pulak boleh tekan butang new post* hmmm..
chill ^_^
nota comel : TERUSKAN PERJUANGAN SAHABAT2 SEKALIAN...!
KUATKAN SEMANGAT DAN TANAMKAN AZAM ! :)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:02 PM 3 suRat ciNtA

Thursday, May 10, 2012

CFS IIUM

*CFS = Centre For Foundation Studies

kepada sesiapa yang nak pergi ke CFS IIUM, boleh la tengok kat blog senior ni

http://ordinaryguy92.wordpress.com/2011/04/30/centre-for-foundation-studies-iium/

ataupun join group ni kt fb---> CFS IIUM 2012/2013

in sha Allah banyak maklumat boleh dapat ^^

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:09 AM 2 suRat ciNtA

=='


fairuz dah 'accept offer' dan print surat tawaran..hewhew
tu pun setelah berapa juta kali kena refresh page.
tarikh daftar pada 3jun2012
tapi yang sedihnye,xdapat nak pergi majlis kahwin sepupu
ok,nevermind :)

nota comel : THE GATEWAY TO GARDEN OF KNOWLEDGE AND VIRTUE

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:00 AM 0 suRat ciNtA

CONGRATES !!

syukur kepada Allah kerana telah melimpahkan rezeki kepada hamba-Nya..alhamdulillah
rasanya xterlambat lagi untuk fairuz ucapkan TAHNIAH kepada batch 94 yang telah berjaya untuk melangkah ke alam u,matriks dan sebagainya.
walau apa pun yang kita semua dapat,,bersyukurlah..
rezeki ada di mana-mana..Allah dah tentukan yang terbaik buat kita
xkiralah di mana pun kita belajar,,yang penting bagaimana kita menyesuaikan diri di sana dan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita :)
alhamdulillah fairuz dapat tawaran ke UIA..dan in sha Allah fairuz pergi

{ copy }

harapnya keputusan untuk pergi ke sana adalah keputusan yang terbaik bagi fairuz
bestie fairuz ada cakap 'satu family awak g UIA' hehehe
yerlah,,kalau diikutkan dah 4 orang termasuk fairuz sumenye belajar kat UIA
walaupun agak sedih sebab terpaksa berpisah dengan 'my besties',tapi takpelah..THINK POSTIVE !
ada hikmah di sebalik yang berlaku ni..terima seadanya...
dan ukhuwah ini xakan terputus walaupun terpisah beribu batu *cewah !
LOVE MY BESTIES LILLAHI TA'ALA~ kenangku dalam doamu ~
okey,i pray all the best to all my friends and pray for me too ! :)

{ copy }

nota comel : hidup kita adalah keranaNya dan untukNya, berladanglah untuk akhirat. mudah-mudahan imtiyaz menjadi milik kita

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:50 AM 2 suRat ciNtA

Wednesday, May 9, 2012

Segmen : Doodle Nama Saya Part 2


Nama : Fairuz
Warna : #F47F7F
Tag : Hanah, Pocoyo

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 4:35 PM 3 suRat ciNtA

Friday, May 4, 2012

Friend in JANNAH. in sha Allah~

Marilah kita berukhwah dan berkawan kerana Tuhan

Hingga kita jadi jemaah Tuhan sekelian alam

Jika kita berkawan kerana Tuhan,

kita tidak akan berlaku perpisahan



Mesti kita berkawan sampai penghujung perjuangan

Kalau kita berkawan kerana Tuhan

kalaupun ada perbalahan tidak akan berpanjangan

Perbalahan dan krisis mudah diselesaikan

Biasalah manusia hamba Tuhan

sedikit-sedikit membuat salah dan kesilapan

Tapi mudah selesai dan mudah dihilangkan

Kalau kita berkawan di dalam perjuangan bukan kerana Tuhan

Bukan kerana takutkan dan cintakan Tuhan

perbalahan mudah datang

Hendak menyelesaikan pula selalunya berpanjangan

Tuhan adalah pengikat ukhwah dan perpaduan

Tuhan adalah anak kunci kesatuan dan kekuatan

Wang, harta, pangkat, nama, dan jawatan selalunya mendatangkan perbalahan

Oleh itu janganlah diharapkan selain Tuhan

boleh berpadu dan menjadi kekuatan

Selalunya kerana wang, harta, pangkat dan lain-lainnya

selalu sahaja membawa perselisihan

Perselisihan membawa renggang kasih sayang

Apabila renggang kasih sayang

pecahlah perpaduan dan kesatuan

Di waktu itu umat Islam akan lemah, musuh pun mudah menghancurkan

Ingatan ini hendaklah diambil perhatian

Kekuatan umat Islam berkawan, berjemaah adalah takut dan cintakan Tuhan

Janganlah cari kekuatan selain Tuhan

Bahkan selain Tuhan telah dikatakan sebelum ini ia selalu sahaja membawa perpecahan

Oleh itu marilah kita perjuangkan Tuhan

Marilah kita berkawan dan berjemaah, bersama Tuhan kita berkawan

Itulah dia kekuatan umat Islam sepanjang zaman

Janganlah kita was-was dan janganlah kita dikelirukan

Seluruh kehidupan kita Tuhan mestilah dibawa bersama berkawan

Tuhan adalah sahabat setia kita sepanjang zaman

Sahabat yang mengawal kita dan menjaga kita di dalam keadaan apa pun

Tapi umat Islam hari ini seluruh dunia Tuhan telah ditinggalkan

Umat Islam terdedah kepada kejahatan musuhnya

Sedangkan musuhnya ada kekuatan lahir yang kuat

Padahal umat Islam kekuatan material pun tidak ada,

Tuhan pun ditinggalkan

Kedua-dua kekuatan sudah tidak ada,

Bagaimanalah hendak menang


^__^

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 6:29 PM 0 suRat ciNtA

Thursday, May 3, 2012

Cinta Selepas Nikah


nota comel : Cinta Selepas Nikah ialah CINTA AGUNG untuk semua manusia :)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:24 AM 0 suRat ciNtA

[ Shared ]

{ copy }

Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum. Hendak Tahu Kenapa Baginda melarang?

Baginda tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut, ternyata. Dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2)

Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka akan mengakibatkan penyakit jantung.


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:11 AM 0 suRat ciNtA

--- kebaikan dan keburukan coklat ---

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang.
Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.
Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari.
Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi. 



Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah.
Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.


* Kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100mg 'dark chocolate' mengandungi 53.5 milligrams of catechins].





KEBAIKAN COKLAT

* Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.

* Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.

* Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.

* Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?

* Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.

* Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.

* Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.



KEBURUKAN COKLAT

* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).

* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).

* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.

* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.


nota comel : fairuz xpasti sejauh mana kebenaran tentang coklat ni. just sharing~ wallahua'lam
{ pictures copy from MR.GOOGLE }

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:04 AM 0 suRat ciNtA

Tuesday, May 1, 2012

: Renung-renungkan...

{ copy }

alamak ! kecik ke?nampak x?kalau xnampak pun,kena buat2 nampak yer.hehehe ;)

nota comel : semoga kehadiran bulan mei ni memberi seribu satu kenangan manis dan meningkatkan lagi tahap keimanan kepada Maha Pencipta.in sha Allah~

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 2:30 PM 0 suRat ciNtA
Subscribe to: Posts (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ►  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (165)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (7)
    • ▼  May (19)
      • LAST DAY !!!
      • Wordless Wednesday #2
      • OFF to Seremban ~~
      • peristiwa hari ini ~
      • Wordless Wednesday #1
      • Selamat Jalan :')
      • koleksi gambar pertandingan dakwah ;)
      • SEGMEN : Saya Nak Doodle Polka Dot !
      • interview (?)
      • It's buzy time...!!!
      • CFS IIUM
      • =='
      • CONGRATES !!
      • Segmen : Doodle Nama Saya Part 2
      • Friend in JANNAH. in sha Allah~
      • Cinta Selepas Nikah
      • [ Shared ]
      • --- kebaikan dan keburukan coklat ---
      • : Renung-renungkan...
    • ►  April (30)
    • ►  March (32)
    • ►  February (29)
    • ►  January (27)
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (19)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +