-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Tuesday, October 30, 2012

+ peringatan untuk diri sendiri +

Sesiapa yang cepat frust and kecik hati apabila dihina and ditegur,
Sila baca sampai habis... 

- Mengecilkan hati orang adalah berdosa , berkecil hati juga adalah berdosa .. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ..

I’m so confused ..! (-___-")

Kenapa orang kecilkan hati kita , kita pulak yang berdosa ..? then I asked my dad what’s that mean ..

Ayah: Jika seseorang hina kita , dia berdosa .. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia , kita juga berdosa .. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia ..
Anak: Uiikk ... Tapi kenapa pulak .? Kita tak buat apa-apa pun .?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah ..
Anak: *blur (>___<")
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu .? Kerana itu adalah ujian dari Allah .. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu ..? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia .. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut , bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan .. Kesimpulannya , kita bukan kecil hati dengan orang , tapi kecil hati dengan Allah ...
Anak: Ooooooo ... Ook ... (n___n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita .. “Dia dah banyak buat aku macam ni , macam tu …” dan sebagainya .. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain .. “Kesian kawan kita tu .. budak tu dah banyak sakitkan hati dia …” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap ...
Anak: *termakan cili .. hee~ (",)'

~ So, the conclusion is , jangan mudah terasa hati ...
~ Maknanya kita tak redha dengan Allah ...
~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita ... Na’uzubillah ~

# " Sebenarnya , setiap kali orang memuji kamu ... seharusnya kamu rasa malu .. Ucaplah astaghfirullahal'adzim ~ kerana orang memuji kamu disebabkan Allah telah menutup aib dan kelemahan kamu .. "

Astaghfirullahal'adzim ..! peringatan buat kita semua .. ♥ ^_^











wassalam..


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:49 PM 0 suRat ciNtA

Sweet Sour Of L I F E

~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ~

malam ni terasa ingin meluahkan segala isi hati yang terbuku kepada miss diary online comel ni..nak F E E L I N G sikit malam ni..ceritanya tentang persahabatan..ye ! persahabatan yang telah terjalin antara kami berempat atau dikenali 4Ai..kenapa nama begitu,,biarlah menjadi rahsia kami berempat..tp ada masalah yang telah timbul antara saya dan dia..sedih + sebak apabila memikirkan semula tentang perkara ni..dulu sudah banyak air mata jatuh berguguran di pipi ini..yelah,,mana taknya,,dialah kawan + sahabat sejak dari form2 lagi..tapi berakhir dengan begini pula.. :'(

I REALLY MISS HER T_T
kalau tanya orang di sekeliling,mereka semua kata saya dan dia sangat rapat dan akrab kalau nak dibandingkan dengan 2 orang lagi best friend saya..saya pun kadang-kadang menyedari perkara itu..dan semasa saya berada di tahun senior di sekolah,dia adalah deskmate saya..saya ni jenis yang bukan orang pertama yang akan tegur seseorang..lagi-lagi dia kerap kali badmood ataupun taksenyum apabila mula-mula (pagi) datang sekolah..lagilah saya takut nak tegur dia..best friend saya selalu marah saya dan cakap 'g lah tegur die,,die meme gitu sokmo,,xyoh takut la' tapi malang seribu kali malang kerana keberanian itu tak ada :( saya akan tegur dia apabila moodnye telah ok :) mungkin tengah hari ataupun keesokannya ataupun keesokannya..bergantung kepada moodnyelh..

then saya dan dia telah mendaftar di satu pusat tuisyen yang sama..so,,dari situlah menjadi lebih rapat dengannya berbanding 2 orang lagi best friend saya..tapi lama kelamaan ke'rapat'an dan keakraban saya dan dia semakin jauuuuh.. *sedih sangat* masa mula-mula masuk tuisyen dulu,,saya dan dia memang sangat rapat sebab saya kawan dengan dia dan dia pula kawan dengan saya..masa nak dekat akhir-akhir pulak,,dia dah rapat dengan kawan sekelas kami kat tuisyen tu..sejak dari itulah,saya dah kurang bertegur sapa dengan dia lagipun sebab masalah yang timbul kat sekolah berlanjutan sampai ke tempat tuisyen..

PUNCA
punca pertama,,katanya saya rapat dengan orang lain (bukan dengan geng 4Ai)..ye,,saya akui..sejak akhir-akhir itu,,saya selau menjauhkan diri daripada diorang (best friend)..tapi kenapa??mungkin kerana saya tidak meminati k-pop ataupun j-pop macam diorang..so,,kalau diorang bercakap tentang artis-artis//drama k-pop atau j-pop,,mesti saya taktau apa-apa jugak..dan diorang pun tak menghiraukan saya,,jadi saya pergilah buat hal sendiri *ayat bajet sedih,,menyampah kat diri sendiri..haha* dan dia sebenarnya cemburu saya berkawan rapat dengan orang lain (maaf kalau salah)..saya tahu perasaan cemburu memang ada dalam diri setiap manusia..saya tak marah dia cemburu dengan saya sebab saya pun ada perasaan cemburu apabila melihat dia berkawan rapat dengan orang lain..tambah-tambah lagi semasa kat tuisyen..saya terasa saya berada sendirian di situ walaupun duduk di sebelah dia-->sepatutnya saya berada je di tempat best friend saya dan dengar mereka bercerita tentang k-pop ataupun j-pop..tu barulah orang panggil best firend kan?? ok !! salah saya..
punca kedua,,katanya saya dah berubah sebab saya dah pandai bermesej dengan salah seorang budak lelaki kat tuisyen tu..dia memberikan amaran yang berbentuk nasihat kepada saya sebelum saya melangkah ke alam universiti..saya amat berterima kasih kepadanya =) dan memang tugas seorang sahabat baik memberi nasihat kepada sahabat baiknya..-->saya TAKSEPATUTNYA bermesej dengan lelaki tersebut tanpa sebarang tujuan..ok !! salah saya lagi..

mungkin ada lagi salah saya yang tak tersenarai dan disenaraikan..mungkin juga salah saya ini,,dah dimaafkan olehnya tapi mungkin masih ada parut dalam hati dia..mustahil untuk saya katakan parut itu akan hilang kerana saya tahu memang susah nak hilangkan parut tu..saya dah maafkan segala kesalahan dia walaupun saya ada terasa hati kalau dia ada tulis di FB, Twitter ataupun blog..memang kadang-kadang rasa sedih + pedih sangat apabila baca apa yang ditulis..tapi saya terima segala kata-kata itu sebab semua salah saya..saya tak menyimpan sedikit perasaan marah + benci kepada dia dalam diri ini..

antara sebab saya tak nak masuk campur kalau ada status kat FB antara kami berempat adalah saya merasakan apabila saya komen,,dia mesti senyap dan tak akan komen ataupun tak menghiraukan saya.. (itu hanyalah perasaan saya je kot ) padahal tak ada apa-apa pun..masa mula-mula saya dan dia mula bermesej kat fon setelah dia taknak beritahu saya no fon baru dia,,saya rasa masalah saya dan dia dah selesai..saya juga rasa hepi sangat dalam hati sebab dia dah sudi tegur saya walaupun di alam maya..tapi tu hanyalah khayalan saya..dia seperti tak nak bermesej dengan saya,,dan kami bermesej jarang-jarang je,,kalau ada perkara penting baru mesej..

KENANGAN
kenangan bersama dia,,saya tak akan melupakannya dan biarlah tetap menjadi kenangan dalam minda saya ini..nak diceritakan kenangan-kenangan bersamanya sampai tahun depan pun belum habis lagi rasanya (hiperbola !)..kalau diikutkan antara kami berempat,,saya lah salah seorang daripada kami yang pernah pergi ke rumahnya dan masuk dalam biliknya belajar addmath bersama-sama sebelum SPM ..di situlah saya terasa rapat sekali dengannya sebab saya tak pernah pergi ke rumah best friend saya yang lain melainkan rumah dia..dulu ada sekali tu,,saya dan kawan-kawan yang lain pergi ke rumah neneknya sebab ada makan-makan..memang kalau diingatkan kembali kenangan ni,,saya tak percaya persahabatan saya dan dia terhenti di sini.. T__T



Ya Allah,,Engkau tabahkanlah hati hambamu ini..Engkau berikanlah kejayaan kepada aku dan sahabat baik aku yang cemerlang di dunia dan di akhirat..Aku bersyukur kepadaMu kerana aku telah dikurniakan sahabat-sahabat yang begitu baik yang berada di sekelilingku ketika susah dan senang..Ya Allah Ya Tuhanku,,Engkau berkatilah persahabatan yang aku bina ini..pulihkanlah kembali persahabatan aku dan dia dan jauhkanlah kami daripada segala persilihan faham..allahumma amin..


nota comel : saya tak pernah menconteng kat miss diary online ni sepanjang ini..*tak sangka boleh menconteng sepanjang ini* sorry kalau ada ayat berbelit sampai takpaham,,and sorry untuk segala kesalahan dan kesilapan saya sepanjang saya menconteng dalam ni..

...saya harap dia membaca post ni...I MISS ALL MY BEST FRIENDS ESPECIALLY YOU !! :'(

Lots of L.O.V.E.  <3


wassalam and SMILE always =)
teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:46 PM 4 suRat ciNtA

Selamatpagidunia

~Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~


JUST TO SAY---->> MORNING BLOGGERS !! say Alhamdulillah :D

nota comel : budak afia bangun pagi-pagi lagi...

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:08 AM 4 suRat ciNtA

Sunday, October 28, 2012

Tataa~

tadi kak teh dah balik u dah..
nanti balik rumah bulan 1 pulak..tapi nanti bulan 1 fairuz dah nak balik u..
gilir-gilir duk kat rumah..huhu..
mulai esok,,kena jaga 2 orang anak buah..faqeh n afia :)
faqeh kena tinggal kat sini semula sebab ibu ada kerja..
tapi hari ni je,,dah berapa kali die nangis cari ibu..
biaselah,kanak-kanak..sebab dah biasa duk ngan ibu dia..
itulah orang panggil,,ibu dan anak takdapat dipisahkan ;)
sebelum kak teh balik,,dia buat fetucini cabonara




erm,,,bezz..yummy !!~
semalam abg zul belanja pizza hut..
thanks !! ^^
alhamdulillah,murah rezeki..hee~
k lah,,jumpa coretan esok pulak..
in sha Allah~
takot esok bz jaga budak-budak ni je..
:: chow ::
nota comel : novel marathon baru nak bermula =)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:42 PM 2 suRat ciNtA

Thursday, October 25, 2012

Eid Adha

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012 / 1433...
semoga semua berbahagia di samping orang2 yang tersayang..
Maaf Zahir Batin ^^
tulus daripada : FairuzFauzey

*copy


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:04 PM 0 suRat ciNtA

Life at...CAMPUS...

~ Dengan NAma Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ~

apa khabar semua? :)
bru nk crita pasal khidupan baru????
dh basi dh pun..tp apakan daya ada msalah dgn blog..huhu
xkira,,nak conteng jgk dkt ruang ni..
hmmmm~~ *xtw nk start kt mana*
okey,,first time ditinggalkan keluarga dalam jarak masa yg lama..sape yg xsedih kan..tapi menggahkan diri untuk trus melangkah di alam dunia yang baru..
kesedihan dapat dikurangkan apabila dapat masuk u yg sama dgn sepupu :)
apalagi,,mestilah pilih jadi roomate..peluang dah terbuka depan mata..GRAB IT !!
dan alhamdulillah dapat roomate yang baik2 n ceria2..
roomate plk xde sorang pun orng kelantan..tkpe,,terima seadanya..hehehe
selepas seminggu menjalani taaruf,,dpt tw plk dapat satu kelas ngn sepupu,,bertambah-tambah la kegembiraan ni..syukur alhamdulillah~ :))
bolehla pergi kelas sama2..
subjek yang diambil untuk sem 1-->> chem 1,,bio 1,,english n study circle (macam usrah)
kt sana bukan duduk dlm kelas tunggu lecturer msuk mcm kt skolah2 dlu,,tp setiap kali tukar subjek,,kena berkejar-kejaran pergi kat tempat lain..dh la,,jarak kelas ke kelas lain tu agak jauh..memang kena cepat2 la..
then,,bz ngn tutorial,quiz n assignment..habis je satu atau dua tajuk,,trus quiz..mantop betol !
masa berlalu begitu pantas~~~~~
tup2 dah exam mid sem...markah pun berbaloi dgn usaha selama ni..tapi kena trus tingkatkan usaha lagi !!
then,,221012 tamatlah 1 sem belajar di kampus dgn berkahirnye exam final subjek bio..
harap2 keputusan meningkat daripada mid sem hari tu..huhu..cuak pulak nk tunggu result ni..


sekarang ni tgh menikmati cuti sem selama 3 bulan di rumah tercinta ^^
duduk rumh ni kena ambil alih kerja lama la nmpak gayanye..tapi tkpe,,dpt hilangkan boring ckit..
sampai di sini sahaja,,see you ! (=


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 1:57 PM 0 suRat ciNtA

Wednesday, October 24, 2012

I'M BACK !!!

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi~
rinduuu amat (^^) nak mencoret dalam blog yg dh usang,,berhabuk dan amat malang skali sudh mnjadi sarang labah2 n tempat tingal serangga yg lain..=(  yerlah,,tngok last post pun dh tau brape lama xupdate kn..
*fuuuhh...(mniup habuk2 yg ada) okey..malu di situ sbb sound efect x mnjadi



al-kisah yg sebenarnya----------------->>>>>


mmng dh lama utk cuba 'log in' blog ni n nk update bnda bru,,tp..................password xingt :'( maklumlah,,dh mningkat dewasa..huhu..pikir punye pikir xingt jgk..shinggalah hri ini,,tanggal 241012 lbih kurang 10.45am dpt log in dgn JAYANYA..!!! yeeaaayyy XD mcm mna dpat log in tu biarlah menjadi rahsia peribadi..hehe (mcm ad orng tnye je)
dlu risau sngt2 klau2 kna bt blog bru...dh bnyak kisah suka dan duka yg dicoretkan dlm blog ni,,so,,sayang la kalau kena bt yg baru..tp alhamdulillah..Allah membantu hamba-Nya yang dalam kesusahan ;)

-THE END-

nota comel : *sorry crita ni mmng xmnarik,,tp sbb xtw nk luahkan kegembiraan kt sape lg.. ;)
                   *tgh excited nk mencoret dlm blog*

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:05 AM 2 suRat ciNtA
Subscribe to: Posts (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ►  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (165)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ▼  October (7)
      • + peringatan untuk diri sendiri +
      • Sweet Sour Of L I F E
      • Selamatpagidunia
      • Tataa~
      • Eid Adha
      • Life at...CAMPUS...
      • I'M BACK !!!
    • ►  May (19)
    • ►  April (30)
    • ►  March (32)
    • ►  February (29)
    • ►  January (27)
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (19)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +