-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Wednesday, January 16, 2013

I'M BACK !!

~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ~

Alhamdulillah..hari isnin ini bakal bermulalah kehidupan saya sebagai seorang mahasiswi semester dua di Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia..

Memiliki IMPIAN sahaja belum cukup. Seharusnya kita memiliki komitmen untuk merasa HARUS dan berTEKAD mencapai impian tersebut. 

today is WEDNESDAY...sedar diri sikit fairuz !!! lagi 3 hari dah nak masuk belajar balik..yer~ 3 DAYS LEFT !! hari sabtu malam dah nak naik bas..cuti 3 bulan sudah sampai ke penghujungnya...memang realitinya masa berlalu begitu pantas..dan masa tidak akan menunggu kita..



katakan tiiiiiiidaaaaaakk..!! saya tak ready mental fizikal lagi nak melangkah ke sem baru..biasalah cuti 3 bulan ni otak pun dah berkarat..huhu..kena gilap elok-elok biar bersinar balik dan senang ilmu physics,math,english dan basic theme of Qur'an nak masuk ^^

perasaan sedang bercampur baur sekarang ni,,ada sedih,,ada gembira..semua ada..sedih sebab nak tinggalkan family dan kampung halaman..semua orang sedih nak tinggalkan keluarga tercinta tapi apabila memikirkan ada tanggungjawab di sana memaksa diri ini untuk terus bersemangat mencari ilmu yang penuh dengan barakah..
Memetik kata-kata Pythagoras,

Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya BELAJAR, engkau harus menanggung pahitnya keBODOHan.

di samping itu,,perasaan gembira pula sebab nak berjumpa balik dengan classmate dan roomate :)


yeah !! semangat baru ! GO FAIRUZ GO !! seperti biasa,,apabila tibanya sem baru,,,mesti semua orang kata "nak dapat 4 flat sem ni" ..kita kena fikir balik,,adakah usaha kita dalam semester tersebut selaras dengan azam kita untuk mecapai 4 flat?? adakah di awal semester sahaja kita bersemangat ..sampai di akhir semester kita jatuh tersungkur ?? 

contoh la kan kita nak dapat 4 flat..antara usahanya ialah :

1. buat nota
2. siapkan kuiz dan tutorial awal waktu
3. sentiasa ulang kaji selepas kelas
4. jangan tidur dalam kuliah
5. dengar apa yang lecturer ajar
6. menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan dan lecturer
7. soal rakan-rakan atau lecturer jika ada yang tidak faham
8. jangan meremehkan kuiz//tutorial yang diberi
9. bla..bla..bla..

dah siap list,,tulis besar-besar atas kertas dan tampal di tempat yang biasa kita tengok..baru rasa bersemangat nak belajar :) bagi yang pernah gagal di semester yang lepas..jangan takut untuk terus mencuba lagi..



Orang yang tidak pernah GAGAL bukanlah orang yang BERJAYA kerana mereka tidak pernah belajar dari kegagalan dan kesilapan.


Ingatlah ! kejayaan terbukti dengan usaha-usaha kecil kita setiap hari..sentiasa memohon kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan dalam proses menuntut ilmu serta dapat mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian kita..apabila kita menuntut ilmu bermaksud kita sedang berjihad di jalan Allah..Jom tajdid  niat !! in sha Allah mulai semester ini,,kita akan ke kuliah kerana Allah..
Hadith Rasulullah yang menyebut,

“Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam” (Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)



Secara konklusinya menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap individu muslim..

Wassalam..may ALLAH bless all of you :)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:48 PM 2 suRat ciNtA

Friday, January 11, 2013

Awak Kawan Saya :)

~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ~

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menyedut oksigen di muka bumi ini..apa khabar iman kamu semua? :) saya berharap iman kita semua berada dalam keadaan baik serta sedang bertambah bukan berkurang..In Shaa Allah :)

terasa nak update pasal seseorang pulak malam ni..hehe..ok,,semua tengok tajuk post balik !! kawan yang saya maksudkan di sini ialah....jeng..jeng....jeng....

|
|
|
|
|
V

empunya diri bernama Siti NurHafizah..nama panggilan Fiza//Fizah..
berkenalan dengan Fizah masa first class kt cfs..yes,,she is my classmate..orangnya sangat baik + bijak,,dan saya senang berkawan dengan dia ^^ *tuanempunyadirijanganperasansangat*hehehe :D
kami menjadi lebih rapat mungkin disebabkan kami berada di mahallah yang sama dan setelah edufare medcy bergabung dengan edutrain  presss..betol tak Fizah?? ;) haha 
Fizah memang suka kacau Fairuz..saje je nak suruh orang marah :P
sejak cuti ni,,selalu bertweet kt twitter dan sekarang dia dah aktif dalam dunia blog..
blog dia pun dah cantik..nak tengok blog dia??JOM melawat kat sini sukadukafyza.blogspot.com ada hobi baru pulak tu..hehe..hobi melukis doodle..bagus-bagus..satu peningktan yang amat bagus..haha..malam ni pun update blog sebab Fizah beri semangat lah ni..tapi tak se'best' blog awk la.. :D
ok,,nak berhenti kat sini dulu ye ^^

semoga awak berjaya di dunia dan di akhirat..semoga menjadi muslimah yang solehah..semoga diredai dan dipermudahkan urusan oleh Allah selalu..good luck for the next sem ! :)


Wassalam..may Allah bless all of you :)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 12:04 AM 0 suRat ciNtA

Thursday, January 10, 2013

ISAC ---> best moment ! :')

~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ~

ehem..ehem..ehem..kali pertama post bagi tahun dua kosong satu tiga..semoga tahun ini memberi satu kehidupan yang cukup indah bagi kita semua dan kehidupan kita lebih baik dari tahun-tahun lepas dan amal ibadah kita bertambah dari tahun-tahun lepas...maaflah,,mengulang-ulang perkataan yang sama..hehe..

mesti semua tak tahu maksud ISAC kan?? KECUALI mereka yang terlibat dalam program ni jugak..nama penuh ISAC ialah Intellectual Syabab Awakening Camp..kem ini berlangsung tahun lepas *takingatberapaharibulan* selama 3hari 2malam..mereka yang join usrah di cfs sahaja yang tahu tentang kem ni..mula-mula peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk tunggu bas di cfs yang diketuai oleh seorang fasi..kebetulan saya satu kumpulan dengan 2 orang lagi classmate saya..hehe..kiteorang naik bas sampai kat satu masjid dekat UM..kiteorang kena berkumpul kat masjid tu dulu sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju..saya sampai kat masjid,,lebih kurang pukul 5..solat asar dulu dan tunggulah bas yang ditugaskan untuk mengangkut kiteorang ke tempat kem..tunggu punya tunggu,,bas pun sampai dah nak dekat maghrib dah..lebih kurang pukul 7 lebih,,kiteorang dah sampai kat satu masjid yang diberi nama Masjid Saidina Hamzah..mula-mula sampai terus naik ke tingkat atas bahagian muslimah untuk daftar..then,,bermulalah majlis pembukaan ISAC :)

kalau nak cerita tiap-tiap hari nanti panjang berjela pulak post ni,,jadi dipendekkan cerita,,banyak sangat ilmu yang diperoleh dalam ISAC..kami dibenarkan untuk memilih ahli kumpulan masing-masing asalkan dalam setiap kumpulan ahlinya mestilah terdiri dari smk,,smka,,mara,,sbp,,maahad dan darul quran..pelbagai aktiviti yang dijalankan dan setiap aktiviti mempunyai pengajaran yang sangat bermakna..

aktiviti pada malam terakhir semasa kami berada di Masjid Saidina Hamzah ialah muhasabah diri..oh ye ! lupa nak cerita,,hari pertama kami diberi barang amanah yang perlu dibawa setiap masa dan di mana sahaja kami berada..barang-barang amnahnya ialah 7 biji kacang hijau,,Al-Quran,,fail yang dibekalkan,,tasbih digital dan sebotol air berwarna merah *bukanairsirap* huhu..siapa yang tertinggal atau tak bawa barang amanah tersebut,,dikenakan denda..semasa aktiviti muhasabah diri,,mas'ul dan mas'ulah memang kena 'kutuk' teruk dengan abang-abang dan kakak-kakak fasi..mas'ul dan mas'ulah dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebab ada peserta yang tidak menepati masa,,tidak membawa barang amanah dan tidak memenuhi taklifat yang ditetapkan..para peserta sebenarnya tidak dibekalkan dengan tentatif program dengan sebab supaya melatih peserta dengar dan patuh arahan yang diberikan oleh fasi..

malam muhasabah memang begitu menusuk kalbu dan terasa banyak kelemahan diri ini..tangisan memenuhi dewan termasuklah saya yang memang senang tersentuh hati dan menangis..hehe..ibrah atau pengajaran yang dapat ialah kita sebagai manusia di muka bumi ini mempunyai banyak kelemahan..sebelum mata tertutup rapat,,sebelum malaikat izrail datang mencabut nyawa,,BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH! kerana Allah menerima taubat hambanya..Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak Adam itu sentiasa melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat.” (Hadis riwat Ahmad).
Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir dengan ajal).”(Hadis riwayat al-Tirmidzi). 

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya) dan bahawa sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani? (surah At-Taubah ayat 104 )

kita juga adalah sebagai da'ie iaitu pendakwah di muka bumi ini,,perlulah memikul amanah tersebut dengan baik..kalau tidak kita,,siapa lagi yang hendak menyampaikan dakwah Islam ke seluruh masyarakat?? fikir-fikirkan~

hari terakhir program ISAC,,aktiviti yang sangat mencabar !! semua peserta perlu menjalankan satu amali iaitu memberikan serta menyampaikan dakwah kepada masyarakat di sekitar Kuala Lumpur..memang suatu cabaran yang sangat mencabar bagi kami para peserta yang baru atau mentah lagi dalam dunia dakwah ini..tapi kami dibimbing oleh seorang fasi..pelbagai gelagat yang saya jumpa dalam temu ramah dengan masyarakat di sekitar KL..ibrahnya,,kita perlu memberanikan diri untuk menempuh dugaan dan cabaran di dunia nyata ini..jangan pandai bercakap sahaja,tetapi mestilah dibuktikan dengan perbuatan juga..

okey,,sampai di sini sahaja coretan saya tentang ISAC..ISAC satu-satunya kem yang best dan mencabar yang pernah saya sertai..ISAC memang best !!! ^_^

harapan saya kepada diri sendiri : semoga saya lebih berani untuk memikul tanggungjawab sebagai da'ie Allah dan menyampaikan dakwah secara berhemah :') in sha Allah
wassalam,,may ALLAH bless all of you <3


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:32 PM 2 suRat ciNtA
Subscribe to: Posts (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ▼  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ▼  January (3)
      • I'M BACK !!
      • Awak Kawan Saya :)
      • ISAC ---> best moment ! :')
  • ►  2012 (165)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (7)
    • ►  May (19)
    • ►  April (30)
    • ►  March (32)
    • ►  February (29)
    • ►  January (27)
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (19)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +