-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Saturday, December 3, 2011

:: beRsAhaBatLaH keRaNa ALLAH ::


Sahabatku...Semoga engkau mengetahui hak-hak ini..
Ingatlah wahai saudaraku -semoga Allah memberi petunjuk kepada kita untuk taat kepadaNya-, bahawa tujuan kita bersahabat adalah sentiasa untuk mengaharap redha Allah Ta'ala. Janganlah sekali-kali persahabatan tersebut dijadikan jalan untuk mendapatkan kepentingan dunia semata.


Persahabatan yg berlandaskan saling cinta kerana Allah akan menghasilkan kemanisan iman, sebagaimana Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud, "Ada tiga perkara yang apabila seseorang memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dia cintai daripada selain keduanya, dia mencintai seseorang tidaklah dia mencintainya kecuali kerana Allah, dan dia tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah membebaskan darinya sebagaimana dia tidak suka dilemparkan ke dalam api." (HR. al-Bukhari)




Di samping itu, persahabatan seperti inilah yang akan kekal hingga hari kiamat nanti, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman yang ertinya,"Teman-teman akrab pada hari (kiamat) nanti sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."(QS. Az Zukhruf : 67).

Imam Ibnu Kasir rahimahullah mengatakan bahawa setiap persahabatan yang berasaskan cinta kerana selain Allah, maka pada hari kiamat nanti akan kembali dalam keadaan saling bermusuhan. terkecuali persahabatan yang dilandasi cinta kerana Allah ‘azza wa jalla, inilah yang kekal selamanya. (Tafsir Ibnu Kasir)

Maka perhatikanlah wahai saudaraku, sudah benarkah niat kita dalam bersahabat? Apakah persahabatan tersebut hanya untuk menyelesaikan urusan duniawi semata? Setelah urusan tersebut selesai, kita meninggalkan sahabat kita. Ingatlah, persahabatan yang benar adalah persahabatan yang dilandasi cinta kerana Allah, iaitu seseorang mencintai sahabatnya kerana tauhid yang dia miliki, pengagungan dia kepada Allah, dan semangatnya di dalam mengikuti sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.

Berbuat Itsar-lah pada Sahabatmu

Makna Itsar
#Secara bahasa itsar bererti mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri. Dari segi fitrah setiap manusia yang masih terjaga fitrah kemanusiaannya juga dapat berbuat mulia, mementingkan orang lain dan bukan diri sendiri serta menolong orang lain tanpa memikirkan diri sendiri.
Di antara hak terhadap sesama yang dianjurkan adalah mendahulukan sahabatnya dalam segala keperluan (baca : itsar) dan perbuatan ini dianjurkan (mustahab).

Perhatikanlah firman Allah Ta'ala yang ertinya,"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan" (QS. Al Hasyr : 9).

Kaum Ansar yang terlebih dahulu duduk di kota Madinah, mereka mendahulukan saudara mereka daripada kaum Muhajirin dalam segala keperluan, sedangkan mereka sendiri memerlukannya.

Sungguh sangat menakjubkan, seorang sahabat Ansar yang memiliki dua isteri ingin menceraikan salah satu isterinya. Kemudian setelah masa 'iddahnya berakhir dia ingin menikahkannya dengan sahabatnya daripada kaum muhajirin. Adakah wujud bentuk itsar yang lebih daripada ini? (Aysarut Tafaasir, Syaikh Abu Bakr Jabir Al Jazairi)

Perbuatan itsar hanya berlaku untuk urusan duniawi (seperti mendahulukan saudara kita dalam makan dan minum). Sedangkan di dalam masalah ketaatan (perkara ibadah), perbuatan ini dilarang. Ini kerana tujuan ibadah adalah pengagungan kepada Allah Ta’ala. Maka barangsiapa yang mendahulukan saudaranya di dalam hal ini, bererti dia telah meninggalkan pengagungan terhadap Allah Ta’ala yang dia sembah. Oleh kerana itu, kita tidak dibolehkan mendahulukan saudara kita (itsar) untuk solat di saf pertama dalam solat berjama’ah, sedangkan kita di saf belakang. (Lihat Al Wajiz fii Iidhohi Qowa’id Al Fiqhi Al Kulliyati)

Bantulah Sahabatmu yang Berada dalam Kesulitan

Misalnya ada saudara kita yang memerlukan bantuan pinjaman wang. Maka berusahalah untuk menolongnya dengan memberi pinjaman hutang padanya. Ini lerana pemberian hutang yang pertama kali merupakan kebaikan. Sedangkan pemberian hutan kali kedua adalah sedekah. Sebagaimana dalam hadits riwayat Ibnu Majah, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang ertinya,"Barangsiapa yang memberi hutang kepada saudaranya kedua kalinya, maka dia seperti bersedekah padanya.”

Jagalah Kehormatan Sahabatmu

Wahai saudaraku, jagalah kehormatan sahabatmu, kerana Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda pada khutbah ketika haji Wada' yang ertinya,"Sesungguhnya darah kalian, harta kalian, dan kehormatan kalian adalah haram." (HR. al-Bukhari, Muslim, dan lainnya).

Di antara bentuk menjaga kehormatan saudara kita adalah menjaga rahsianya yang khusus diceritakan pada kita. Rahsia tersebut adalah amanah dan kita diperintahkan oleh Allah untuk selalu menjaga amanah. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang ertinya,"Apabila seseorang membicarakan sesuatu padamu, kemudian dia menoleh kanan kiri, maka itu adalah amanah."(HR. Abu Daud dalam sunannya). Apatah lagi jika sahabatmu tersebut memintamu untuk tidak menceritakannya pada orang lain. Maka yang demikian jelas lebih terlarang. (Huququl Ukhuwah, Syaikh Sholeh Alu Syaikh).

Semoga dengan mengamalkan hak-hak ini, kita akan menjadi orang-orang yang akan mendapatkan naungan Allah di akhirat kelak, di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya. Amin.




teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:34 AM

2 suRat ciNtA:

D A Y A Z . D A S H said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice :)

December 3, 2011 at 12:26 PM
FairuzFauzey said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

thanks :D

December 3, 2011 at 12:59 PM

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ►  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (165)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (7)
    • ►  May (19)
    • ►  April (30)
    • ►  March (32)
    • ►  February (29)
    • ►  January (27)
  • ▼  2011 (66)
    • ▼  December (19)
      • curi budak comel !
      • Hotel Ais d Romania ~
      • Muslimah - Nazrey Johani
      • Life is meant to be fully enjoyed and lived to the...
      • bulan safar O.o
      • Hukum Mengucapkan "Merry Christmas"
      • END YEAR MEGA GIVEAWAY 2011 by Cahaya Azyla
      • p0sitivE quOte
      • sweet s0ur ^^
      • hari ni hari apa?
      • ~ baby sitter ~
      • Cara-cara beRsahabat keraNa ALLAH
      • harapan
      • fRienD 0utiNg
      • alhamdulillah
      • iNdaHnya peRsahAbataN =)
      • :: beRsAhaBatLaH keRaNa ALLAH ::
      • ALLAH iTu MAHA ADIL
      • dOa RabitAh
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +