-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Monday, April 30, 2012

~ Di manakah diri ?? ~

ISLAM
{ copy }

Aku bimbang terhadap suatu masa.
Yang rodanya dapat mengilas keimanan.
Keyakinan hanya tinggal pemikiran.
Yang telah berbekas dalam perbuatan.
Ramai orang baik tapi tak berakal.
Ramai orang berakal tapi tak beriman.
Ada lidah fasih tapi berhati lalai.
Ada yang khusyuk namun dalam kesendirian.
Ada ahli ibadah.
Tapi mewarisi kesombongan Iblis.
Ada ahli maksiat.
Rendah hati bagaikan sufi.
Ada yang banyak ketawa sehingga hati nya berkarat.
Ada yang banyak menangis kerana kufur nikmat.
Ada yang murah senyum.
Tetapi hati mengumpat.
Ada yang berhati tulus.
Tetapi wajah nya bermuram durja.
Ada yang berlisan bijak.
Tapi tidak memberi teladan.
Dan ada penzina yang tampil jadi tokoh.
Ada orang punya ilmu tetapi tidak faham.
Ada orang punya ilmu tetapi tidak menjalankan.
Ada orang pintar tetapi membodohi.
Ada orang bodoh tetapi tak tau diri.
Ada orang beragama tetapi tidak berakhlaq.
Ada orang berakhlaq tetapi tidak bertuhan.
Lalu di antara semua itu di manakah aku berada ??


Kata-kata Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a.

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:58 PM 2 suRat ciNtA

TIPU daya syaitan

~* Bismillahirrahmanirrahim.~*


 
{ copy }


Iblis berkata : Ya Tuhan ku ! 
Oleh se
bab Engkau telah memutuskan aku sesat.
Pasti aku akan menjadikan manusia memandang baik ( perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya
Melainkan hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka.
Allah berfirman : Ini adalah jalan yang lurus.
Kewajipan AKU lah menjaga nya.
( Surah Al-Hijr ayat 39-40).


Iblis bersumpah menyesatkan manusia dengan berkata :
1. Aku akan merintangi mereka dari masuk islam.
2. Aku akan ragukan mereka terhadap janji-janji hari kemudian.
3. Aku gemarkan manusia kepada dunia sehingga mereka merasa sudah tenang di dalam nya.
4. Aku ganggu mereka dalam urusan taat.
5. Aku galak mereka dari jurusan maksiat.
6. Aku halang manusia dari mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.


Syaithan mendapat kekuasaan untuk menembusi anak Adam melalui sepuluh jalan :
1. Dari sifat su'udzhan ( buruk sangka).
2. Dari panjang angan-angan.
3. Dari keinginan banyak istirihat dan banyak menikmati nikmat.
4. Dari sifat ujub bangga diri.
5. Dari sifat suka meremehkan dan tidak menghargai teman.
6. Dari sifat hasud ( dengki dan iri hati).
7. Dari sifat riyaa' dan mengharap pujian manusia.
8. Dari sifat kikir ( bakhil).
9. Dari sifat sombong.
10. Dari sifat tamak ( rakus).~*


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:48 PM 0 suRat ciNtA

Giveaway Blog Saya Omei-omei by Kemetot Chomel !


ciri-ciri felt craft berbentuk bunga // love // segi empat dan nak letak nama FAIRUZ
warna keychain button pulak pink purple :)

#click banner untuk join#

Hadiah Giveaway :
10x Keychain button kepada 10 pemenang bertuah .
10x Felt Craft kepada 10 pemenang bertuah .


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 1:11 PM 0 suRat ciNtA

*MUHASABAH PAGI HARI*

‎~✿..Di sini Allah AJARKAN, tentang MASA..tentang SABAR, Dia juga ajarkan bahawa tiada yang mustahil dengan izinNya..jika Dia hadiahkan BEBAN dan TANGUNGJAWAB itu kerana Dia RINDU, itu kerana Dia CINTA dan itu kerana mungkin kita sudah lupa..jadi Dia TARIK kita kembali untuk ingat pada Dia dan jika Allah tahu kita mampu, siapa kita untuk MENIDAKKAN kebijaksanaanNya?



 
{ copy }

Dan di saat itu.."CUBA KAMU LI
HAT LANGIT"..subhanAllah, cantiknya langit, biru sebirunya..."Ya Rabbussamawati wal ardh, LAPANGKAN ISLAMKU selapang langit biru", manisnya Allah bila MEMUJUK HATI..✿~

>>> Lihat luar jendela, cantikkan LANGIT Allah? Sedang langitNya begitu indah, tentu Allah lebihTERSANGAT CANTIK..jika kamu INGIN lihat Allah, kena RAJIN, rajin MENGHAYATI ILMU Dia..menerusi ilmu itu kita dapat kenali Dia, kerana ada yang kata..tidak kenal maka tidak cinta..maka jika tidak cinta, mungkinkah LAYAK diri ini bertemu denganNya? ♥♥



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:15 AM 0 suRat ciNtA

:: Sunyi-sepi ::

hari ni rumah fairuz menjadi sedikit sunyi daripada biasa
nak tahu sebab apa? [kalau xnak tahu pun,fairuz nak cakap jugak.haha]
sebab anak saudara (faqeh) a.k.a. budak yang fairuz mengasuh balik terengganu


tapi balik pun kejap je
ibu die nak g kemas2 rumah selepas beberapa bulan xpergi jenguk
fairuz tetap kena jadi nanny untuk anak saudara fairuz sorang lagi (afia)

si mata bulat O_O

haish !!time faqeh xde,mula lah yang ni nak buat hal pulak
semalam nangis je, nangis pulak bukan slow tapi teramat2 kuat
hahaha. hari ni pulak, bangun awal
sebab tu fairuz kata sedikit sunyi.
harap2 hari ni afia xbuat hal macam semalam
hehe :D
ok,,wassalam :)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 7:59 AM 0 suRat ciNtA

Sunday, April 29, 2012

tanggungjawab se0rang dokt0r

"Bagi yg bekerja di hospital, terutama MO, HO, MA, SN, MIT, NMT, MLT dan sebagainya, khidupan di hospital adalh sudah menjadi sbahagian dari hidupny. Kebanyakkn dariny, kehidupan di hospital hmpir sehari, atau brpuluh jam brbanding kehidupan di luar hospital. Kalau utk brsama keluarga, hnya off day, atau cuti rehat sahaja yg boleh..

Ini mrupakan satu cabaran. Manusia yg sakit, boleh dkatakn sentiasa ada, sntiasa hadir ke hospital.. Ia menjadikn khidupan seorang 'perawat' atau ‘medical team’ itu 'sentiasa di hospital'.. Ia mnjadi satu tuntutan fardhu kifayah, JIKA hatinya tidak lalai kpd Allah.. TETAPI jika tuntutan itu mlalaikannya dari mngingati Allah, maka tuntutan itu bkn lagi fardhu kifayah buatnya..

Spatutnya, khidupan seorang 'perawat' itu sentiasa brada di dlm 'suasana yg sepatutny hatiny ingat kpd Allah'.. Melihat pesakit yg sakit, kmalangn jalan raya, brdarah, kaki dan tangan yg putus dan hancur, patah tulang, bahkan kematian yg berlaku di depan mata dan menguruskan mayat..





PRAY. 
{ copy }

Hatinya sepatutny lebih memilih utk sentiasa brsyukur kpd Allah, sntiasa mnjadikan waktu lapang dgn ingat kpd Allah, jika tidak mampu utk beramal ibadah sentiasa, sekurang-kurangnya ambil sedikit masa untuk membaca zikir2 yg pendek ttapi bermakna, seperti subhanallahi wabihamdih, astaghfirullah..”

Amat setuju dengan apa yang Dr. Raihanah katakan.. Apa yang membanggakan saya sebagai salah seorang kawan beliau adalah sikap beliau yang suka berkongsi ilmu dan suka "mentazkirah" kawan-kawannya sejak zaman kami jd classmate lagi... respect her much.. ^_^

*
MO = Medical Officer
HO = Houseman
MA = Medical Assistant
SN = Staff Nurse
MIT = Medical Imaging Technologist
NMT = Nuclear Medicine Technologist
MLT = Medical Lab Technologist
 

#copypaste

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:41 PM 0 suRat ciNtA

Wanita Ibarat EPAL !

{ copy }

Wanita ibarat EPAL,EPAL yg tak berkualiti amat mudah diperoleh krn ia berguguran di tanah...tp yang pling berkualiti amat sukar untuk diperoleh,krn ia brada di puncak,sukar dipetik,sukar dicapai...kdg2 EPAL itu risau krn dirinya masih belum dipetik,lantas dia menggugurkan diri menyembah tanah,sedangkan ALLAH tlh jadikan wanita itu tinggi martabatnya hingga tiada siapa yang boleh memetiknya melainkan yang halal baginya...


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 1:13 PM 0 suRat ciNtA

Saturday, April 28, 2012

Thank You ALLAH ^__^

Thank you Allah
{ copy }

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi yang fana ini lagi.THANK YOU ALLAH !
semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. in sha Allah~

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:24 AM 0 suRat ciNtA

Kesilapan Wanita Semasa Menutup Aurat

                                                   { copy }

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [Surah An-Nur,ayat 31]


Stare into yourself
{ copy }

nota cantik :sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik wahai muslimah sekalian (:

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:00 AM 0 suRat ciNtA

Thursday, April 26, 2012

jagalah hati

Jagalah hati,
Jangan kau kotori,
Jagalah hati,
Cahaya Ilahi...

Hati ialah seketul daging dalam tubuh manusia yang menjadi pembentuk hidup seseorang, menggerak dan memberhentikan, memperelok atau mencederakan dan mengawal tingkah laku seseorang.

Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat kebesaran Allah, mematuhu perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, menghindari perkara yang syubhah,takut jatuh kepada yang haram.

Hati yang rosak ialah hati yang telah dipengaruhi serta dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsu dan syahwat yang jahat hingga tidak diendahkan lagi halal haramnya. Wallahu a'lam.

"MAKA APAKAH MEREKA TIDAK BERJALAN DI MUKA BUMI LALU MEREKA MEMPUNYAI HATI YANG DENGAN ITU MEREKA DAPAT MEMAHAMI ATAU MEMPUNYAI TELINGA YANG DENGAN ITU MEREKA DAPAT MENDENGAR? KERANA SESUNGGUHNYA BUKAN MATA ITU YANG BUTA, TETAPI YANG BUTA ADALAH HATI YANG ADA DI DALAM DADA."
(SURAH AL-HAJJ 22:46)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 7:11 AM 0 suRat ciNtA

Tuesday, April 24, 2012

Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga


Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)”

Huraian Hadith: 
  1. Orang beriman yang bertawakal kepada Allah dan tidak berasa bimbang tentang masalah rezekinya adalah seperti burung yang berusaha mencari rezeki setiap hari untuk hari itu sahaja.
  2. Orang yang hatinya seperti burung yakni benar-benar berserah dan percaya jaminan Allah kepada dirinya akan dimasukkan ke Syurga.
  3. Sifat yakin dan tawakal amat dituntut dalam Islam.


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 4:11 PM 0 suRat ciNtA

~Jamadil Akhir~

hari ni dah masuk 1 jamadil akhir
bulan jamadil akhir bermaksud berakhirnya musim kemarau
tup tup tinggal lebih kurang 3 bulan je lagi nak masuk bulan Ramadhan
masa berlalu begitu pantas dan masa tidak akan menunggu kita walaupun sesaat

*post kali ni yang begitu pendek sekadar memberi peringatan buat semua*

chill :)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 12:00 AM 0 suRat ciNtA

Monday, April 23, 2012

kek PELANGI ^_^

hari sabtu lepas,,fairuz dengan along (kakak fairuz) buat kek pelangi
nak tengok macam mana rupa kek pelangi tu?
dan nilah hasilnya
jeng3~~











nampak cantik jer kek ni. *ops ! puji diri sendiri*

delicious !! yum3~

abaikan bahagian hitam-hitam tu yer. hik3~


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:53 PM 4 suRat ciNtA

Sunday, April 22, 2012

Hargai MASA Dengan Sebaiknya

Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang menyeru kepada kebenaran dan mereka yang menyeru dengan kesabaran (al –Asr 1-3)
Kerisauan perlu dihadirkan dalam diri dengan seribu macam persoalan tentang masa depan kita apabila bertemu dengan Allah SWT, tuhan yang menghidupkan dan tuhan yang mematikan setiap makhluk. Apakah sudah cukup amalan kita. Apakah sudah tertebusnya dosa kita. Dosa kepada makluk maupun dosa kepada Allah. Apakah layak kita menjadi penghuni syurga yang kekal abadi. Apakah mampu kita menahan malu di Padang Mashyar nanti apabila Allah membuka segala keburukan dan rahsia kita dipamirkan secara terperinci satu demi satu. Sanggupkah kita menahan kepanasan matahari terik dihari masyar nanti sebelum menunggu untuk dibicarakan di mahkamah Illahi.


Meningkatnya angka tahun, bermakna semakin tua usia sesaorang itu, dan bertambah tualah usia dunia ini maka bermakna saat kedatangan hari kiamat itu sudah benar semakin hampir terjadi. Jika lahirnya Nabi Muhammad SAW dianggap sebagai bermulanya zaman pangakhiran dunia kerana Baginda SAW itu adalah merupakan nabi akhir zaman. Tiada nabi selepas baginda, bermakna kita ini adalah umat yang terakhir menduduki dunia ini. Yang nyata jazad baginda SAW telahpun berada dialam alam barzah, telah meninggalkan kita lebih 1,400 tahun yang lampau. Ini memberi tahu kita semua, bahawa umur dunia ini pastinya benar benar telah lanjut. Dengan perbagai petunjuk dan peristiwa anih yang kita lihat yang terjadi kepada objek besar yang melibatkan petaka dunia di sana sini, letupan gunung berapi, gegaran gempa bumi dan amukan ombak Tsunami yang disebabkan geseran dan rekahan dilautan bumi. Bencana terhadap alam seperti ini, sudah cukup membuktikan bahawa dunia ini sudah semakin hancur dan uzur. Peristiwa ganjil ini juga turut berlaku di tanah air kita sendiri, seperti banjir yang melanda pada kawasan tinggi yang tidak mungkin terjadinya banjir, hari ini tempat tinggi yang dianggap selamat turut menerima musibah banjir, tidak surut surut walaupun hujan telah reda namun air masih ada, kerana air bukan sahaja turun dari langit namun boleh membuak terbit dari bumi dengan kehendak Allah yang maha berkuasa.




Justeru itu, masa atau nyawa yang masih berbaki kepada setiap insan itu tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Hendaklah kita menjadikannya begitu bernilai dan berharga. Seperti kata pepatah Melayu “ Masa itu ibarat emas “ malah maksud sebuah hadis Rasulullah SAW “ Bahawa masa itu Ibarat pedang yang tajam, Jika kamu tidak memotongnya maka kamu akan dipotongnya “. Oleh kerana kepentingan masa, maka Allah Taala bersumpah dengan Wal-asr. Iaitu “Demi Masa”. Manusia akan sentiasa berada didalam kerugian sekiranya tidak dimenfaatkan masa itu dengan panduan iman dan taqwa. Jika masa itu diisi dengan aktiviti harian yang tiada manfaat maka ia seumpama menanam pohon lalang, yang tiada berguna dan tiada memberi pulangan apa apa, sepertimana maksud hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah r.a.
“ Diantara tanda kebaikan keIslaman seseorang ialah meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya “

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud “ Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai manusia iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. Masa dalam konteks kehidupan seorang Muslim adalah sangat berharga. Malah lebih berharga daripada nilai wang ringgit.
Oleh kerana begitu pentingnya masa, maka setiap waktu dalam kehidupan kita, sering dikaitkan dengan sesuatu ganjaran jika melakukan amalan yang tertentu. Seumpama waktu fajar dikaitkan dengan dua rakaat solat sunat ketika itu, lebih baik dari nilai dunia dan seisinya. Waktu ditengah malam pula ialah saat yang paling afdhal bermunajat kepada Allah Taala. Semua dikaitkan dengan penglibatan masa atau waktu seseorang.


Masa itu sepatutnya digunakan sebaiknya kerana ia sesuatu yang tidak dapat dikembalikan semula. Masa muda yang lalu itu tidak dapat dikembalikan lagi apabila sekarang kita dipanjat usia tua, begitulah juga masa sihat dan masa lapang tiada siapa yang boleh mengembalikannnya. Nabi SAW bersabda “ Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah dan masa hidup sebelum mati. Mari kita melihat sebagai contoh ketika waktu kita berusia muda dahulu. Tenaga hebat, khudrat kuat, fikiran kita cerdas, lantaran itu Islam menggalakkan waktu tersebut digunakan untuk menimba ilmu bagi kepentingan dunia dan sejahtera di akhirat, manakala kekuatan badan yang ada pada kita diwaktu itu kita gunakan untuk mencari bekalan rezeki kehidupan, dan tumpuan beribadat sebanyak mungkin, Dan jangan sekali-kali digunakan untuk perkara maksiat dan perkara yang tidak memberi faedah. Hari ini banyak golongan muda malah golongan tua juga, membuat dan memilih sesuatu yang salah, seperti mempunyai akal fikiran yang cerdik, tetapi telah menuntut ilmu yang sesat lagi syirik, seharusnya diwaktu ini, menghafal banyak ayat ayat suci al quran, tetapi sayangnya mereka ini berusaha benar menghafal jampi serapah yang syirik untuk bagaimana boleh menjadi manusia yang tidak lot ditikam senjata, atau boleh berjalan diatas api dan bara, atau pun ketika muda dahulu, terasa badan kuat dan sasa, maka semua orang akan kita belasah belaka, malah sanggup mengambil upah sebagai samseng tarik kereta. Inilah yang dikatakan orang yang mensia siakan masa. Akibatnya bila sudah tua, khudrat dah tiada,dan sakit datang bertimpa timpa, mula diri terketar terketar dan sedarlah, waktu ini kita boleh ditumbangkan oleh sesiapa sahaja. Malah daya ingatan langsung tidak berfungsi, hingga tidak boleh mengawal diri sendiri lagi. Inilah akibatnya orang yang mensia-siakan masa ketika waktu muda remaja.



Diriwayatkan bahawa malaikat Maut telah datang bertemu Nabi Yaakub . Maka Nabi Yaakub bertanya Apakah kamu datang untuk mencabut nyawa ku “ Jawap Malaikat maut “ Tidak “ Sekadar datang untuk menziarahi sahaja. Berkata Nabi Yaakub “ Aku ada satu permintaan kepada mu “ Apa permintaan mu “ Jawab Malaikat “ Kata Nabi Yaakub : “Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkan terlebih dahulu. Kata Malaikat “Ya” Kemudian Malaikat Maut pun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub.
Lalu Nabi Yaakub bertanya “ Kamu datang untuk menziarahi atau mencabut nyawa ku “ Kata malaikat “ Aku datang kali ini, untuk mencabut nyawamu. Lalu Kata Nabi Yaakub : Bukankah telah kukatakan, jika kamu ingin mencabut nyawaku, hantarkan dahulu seorang utusan, supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab Malaikat Maut “ Aku telah lakukannya. Kata Nabi Yaakub “ Tiadapun utusan yang datang kepada ku “ Jawab Malaikat Maut “ Sesungguhnya Allah telah mengutuskan utusan iaitu Masa yang berlalu, dimana tumbuhan UBAN dikepala dan BONGKOKnya tulang belakangmu.

Pernahkah kita menilai dan insaf akan segala dosa yang telah kita lakukan sepanjang tahun yang lalu. Pernahkah kita menangis atas kecuaian meninggakan perentah sembahyang lima waktu. Marahkah kita kepada diri kita sendiri kerana tidak pernah membaca Quran sepanjang tahun, ataupun pernah kah kita meratap menangis pada 1/3 malam, memohon taubat kepada Allah SWT, sedangkan dosa yang dipikul itu berat bertimbun. Pernahkah?Nabi pernah bersabda yang bermaksud :
Barang siapa yang sama dua harinya maka ia adalah orang yang rugi, dan barang siapa semalamnya lebih baik dari hari ini, maka ia adalah orang yang ternafi dari kebaikan, dan barang siapa yang tiada peningkatan maka ia akan sentiasa berkurang, maka barang siapa sentiasa berkurang maka perut bumi itu lebik baik baginya daripada tinggal diatas permukaan bumi ini, Maknanya lebih baik MATI sahaja.



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 6:13 PM 0 suRat ciNtA

Saturday, April 21, 2012

j0m berselawat ^^


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 3:32 PM 0 suRat ciNtA

...rama-rama dan wanita...


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

DR.HM TUAH


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 3:21 PM 0 suRat ciNtA

Kenapa Saya Memeluk Islam

Mari kita sama-sama baca kisah saudara kita dan ambil pengajaran...


Kisah Farhan (KisahPerjalanannya Masuk Islam).
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk
Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai atur cara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah, tanya masalah mereka dan bantu mereka, berbagai masalah diluahkan.

Ada

kami bantu dengan duit secara spontan.

Ada

kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsna.

Dengan cara ini kami mendekati mereka.Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka.

Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu).

"Cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…"

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.

Saya katakan;-

"cikgu saya mahuber dialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya".

Saya kemukakan beberapa persoalan,antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah kaabah.

- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. 

- Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan begitu ilmiah.Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi)mengampunkan dosa manusia lain.

- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3.

- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta.

Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,

"Mengapa Johanis….awak mengigau…."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,

"Cikgu Islamkan saya……..."

Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang kerumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang kesemenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Al-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu diSabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keikhlasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah, saya sayang emak, saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku.

Saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya diMaahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita.... Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.

Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan… saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama….. …Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. …

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya.Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,

"You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung….."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian, saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukar nya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian.

Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City.

Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. 

In sha Allah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 3:14 PM 0 suRat ciNtA

Friday, April 20, 2012

PEACE ^^


Apakah perasaan anda apabila dimarahi?
anda tidak suka bukan.

Ketika anda pula yang marah pada seseorang.
apa anda fikir orang yang dimarahi itu juga suka?

# PEACE NO WAR ! :)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:26 AM 0 suRat ciNtA

Thursday, April 19, 2012

Thank You ALLAH



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 8:05 AM 0 suRat ciNtA

Tuesday, April 17, 2012

This Life is Short !


...Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 6:07 PM 0 suRat ciNtA

Monday, April 16, 2012

posto..posto..

sekarang ni penuh surat fairuz. hahaha
yerla..surat temuduga la, ipts la, tawaran diploma
macam2 yang dapat tapi satu pun xberminat
sorii lah yer
susah payah je encik posmen hantar surat kat fairuz. hehe :D
masa mula2 dapat surat macam2, rasa happy sebab dulu mana pernah dapat surat2 ni
tapi dah lama2 ni, rasa boring dah sebab semuanya tak berminat
memang berlambak sampai xterkira lah surat tawaran
dapat2 terus buka n simpan balik dalam almari :)
hari ni, orang lain semua duk sibuk pasal mara
ada yang marah sebab xboleh buka website mara
tapi fairuz xrasa apa2 sebab dah xlayak :(
jadi kita senyap jerlah
jpa lagi lah xlayak sebab untuk 9A+ ke atas


tapi takper, fairuz dah reda dengan semua ni
mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku
Allah dah tetapkan yang terbaik buat fairuz
bukan rezeki fairuz lagi untuk mohon mara @ jpa
belajar dulu pas2 dapat pointer tinggi,boleh la mohon
in sha Allah~


chill :))

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:39 PM 0 suRat ciNtA

Sunday, April 15, 2012

qailullah

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SAW ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.


semoga kita semua sentiasa mengamalkannya selepas ini :))

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 12:39 PM 2 suRat ciNtA

:: Adab-adab Menuntut Ilmu ::

#photocopy#

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:47 AM 0 suRat ciNtA
Subscribe to: Posts (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ►  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (165)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (7)
    • ►  May (19)
    • ▼  April (30)
      • ~ Di manakah diri ?? ~
      • TIPU daya syaitan
      • Giveaway Blog Saya Omei-omei by Kemetot Chomel !
      • *MUHASABAH PAGI HARI*
      • :: Sunyi-sepi ::
      • tanggungjawab se0rang dokt0r
      • Wanita Ibarat EPAL !
      • Thank You ALLAH ^__^
      • Kesilapan Wanita Semasa Menutup Aurat
      • jagalah hati
      • Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga
      • ~Jamadil Akhir~
      • kek PELANGI ^_^
      • Hargai MASA Dengan Sebaiknya
      • j0m berselawat ^^
      • ...rama-rama dan wanita...
      • Kenapa Saya Memeluk Islam
      • PEACE ^^
      • Thank You ALLAH
      • This Life is Short !
      • posto..posto..
      • qailullah
      • :: Adab-adab Menuntut Ilmu ::
      • Outing with my GirlFriends~
      • Happy Birthday !!~
      • special to mom - Number One For Me
      • bukankah sakit itu penghapus dosa?
      • sunnah-sunnah & adab-adab hari JUMAAT
      • Saad bin Muaz
      • Sahabat, Hati-hati Ketika Bergurau
    • ►  March (32)
    • ►  February (29)
    • ►  January (27)
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (19)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +