Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang menyeru kepada kebenaran dan mereka yang menyeru dengan kesabaran (al –Asr 1-3)Kerisauan perlu dihadirkan dalam diri dengan seribu macam persoalan tentang masa depan kita apabila bertemu dengan Allah SWT, tuhan yang menghidupkan dan tuhan yang mematikan setiap makhluk. Apakah sudah cukup amalan kita. Apakah sudah tertebusnya dosa kita. Dosa kepada makluk maupun dosa kepada Allah. Apakah layak kita menjadi penghuni syurga yang kekal abadi. Apakah mampu kita menahan malu di Padang Mashyar nanti apabila Allah membuka segala keburukan dan rahsia kita dipamirkan secara terperinci satu demi satu. Sanggupkah kita menahan kepanasan matahari terik dihari masyar nanti sebelum menunggu untuk dibicarakan di mahkamah Illahi.
Meningkatnya angka tahun, bermakna semakin tua usia sesaorang itu, dan bertambah tualah usia dunia ini maka bermakna saat kedatangan hari kiamat itu sudah benar semakin hampir terjadi. Jika lahirnya Nabi Muhammad SAW dianggap sebagai bermulanya zaman pangakhiran dunia kerana Baginda SAW itu adalah merupakan nabi akhir zaman. Tiada nabi selepas baginda, bermakna kita ini adalah umat yang terakhir menduduki dunia ini. Yang nyata jazad baginda SAW telahpun berada dialam alam barzah, telah meninggalkan kita lebih 1,400 tahun yang lampau. Ini memberi tahu kita semua, bahawa umur dunia ini pastinya benar benar telah lanjut. Dengan perbagai petunjuk dan peristiwa anih yang kita lihat yang terjadi kepada objek besar yang melibatkan petaka dunia di sana sini, letupan gunung berapi, gegaran gempa bumi dan amukan ombak Tsunami yang disebabkan geseran dan rekahan dilautan bumi. Bencana terhadap alam seperti ini, sudah cukup membuktikan bahawa dunia ini sudah semakin hancur dan uzur. Peristiwa ganjil ini juga turut berlaku di tanah air kita sendiri, seperti banjir yang melanda pada kawasan tinggi yang tidak mungkin terjadinya banjir, hari ini tempat tinggi yang dianggap selamat turut menerima musibah banjir, tidak surut surut walaupun hujan telah reda namun air masih ada, kerana air bukan sahaja turun dari langit namun boleh membuak terbit dari bumi dengan kehendak Allah yang maha berkuasa.
Justeru itu, masa atau nyawa yang masih berbaki kepada setiap insan itu tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Hendaklah kita menjadikannya begitu bernilai dan berharga. Seperti kata pepatah Melayu “ Masa itu ibarat emas “ malah maksud sebuah hadis Rasulullah SAW “ Bahawa masa itu Ibarat pedang yang tajam, Jika kamu tidak memotongnya maka kamu akan dipotongnya “. Oleh kerana kepentingan masa, maka Allah Taala bersumpah dengan Wal-asr. Iaitu “Demi Masa”. Manusia akan sentiasa berada didalam kerugian sekiranya tidak dimenfaatkan masa itu dengan panduan iman dan taqwa. Jika masa itu diisi dengan aktiviti harian yang tiada manfaat maka ia seumpama menanam pohon lalang, yang tiada berguna dan tiada memberi pulangan apa apa, sepertimana maksud hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah r.a.
“ Diantara tanda kebaikan keIslaman seseorang ialah meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya “
Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud “ Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai manusia iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. Masa dalam konteks kehidupan seorang Muslim adalah sangat berharga. Malah lebih berharga daripada nilai wang ringgit.
Oleh kerana begitu pentingnya masa, maka setiap waktu dalam kehidupan kita, sering dikaitkan dengan sesuatu ganjaran jika melakukan amalan yang tertentu. Seumpama waktu fajar dikaitkan dengan dua rakaat solat sunat ketika itu, lebih baik dari nilai dunia dan seisinya. Waktu ditengah malam pula ialah saat yang paling afdhal bermunajat kepada Allah Taala. Semua dikaitkan dengan penglibatan masa atau waktu seseorang.
Masa itu sepatutnya digunakan sebaiknya kerana ia sesuatu yang tidak dapat dikembalikan semula. Masa muda yang lalu itu tidak dapat dikembalikan lagi apabila sekarang kita dipanjat usia tua, begitulah juga masa sihat dan masa lapang tiada siapa yang boleh mengembalikannnya. Nabi SAW bersabda “ Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah dan masa hidup sebelum mati. Mari kita melihat sebagai contoh ketika waktu kita berusia muda dahulu. Tenaga hebat, khudrat kuat, fikiran kita cerdas, lantaran itu Islam menggalakkan waktu tersebut digunakan untuk menimba ilmu bagi kepentingan dunia dan sejahtera di akhirat, manakala kekuatan badan yang ada pada kita diwaktu itu kita gunakan untuk mencari bekalan rezeki kehidupan, dan tumpuan beribadat sebanyak mungkin, Dan jangan sekali-kali digunakan untuk perkara maksiat dan perkara yang tidak memberi faedah. Hari ini banyak golongan muda malah golongan tua juga, membuat dan memilih sesuatu yang salah, seperti mempunyai akal fikiran yang cerdik, tetapi telah menuntut ilmu yang sesat lagi syirik, seharusnya diwaktu ini, menghafal banyak ayat ayat suci al quran, tetapi sayangnya mereka ini berusaha benar menghafal jampi serapah yang syirik untuk bagaimana boleh menjadi manusia yang tidak lot ditikam senjata, atau boleh berjalan diatas api dan bara, atau pun ketika muda dahulu, terasa badan kuat dan sasa, maka semua orang akan kita belasah belaka, malah sanggup mengambil upah sebagai samseng tarik kereta. Inilah yang dikatakan orang yang mensia siakan masa. Akibatnya bila sudah tua, khudrat dah tiada,dan sakit datang bertimpa timpa, mula diri terketar terketar dan sedarlah, waktu ini kita boleh ditumbangkan oleh sesiapa sahaja. Malah daya ingatan langsung tidak berfungsi, hingga tidak boleh mengawal diri sendiri lagi. Inilah akibatnya orang yang mensia-siakan masa ketika waktu muda remaja.
Diriwayatkan bahawa malaikat Maut telah datang bertemu Nabi Yaakub . Maka Nabi Yaakub bertanya Apakah kamu datang untuk mencabut nyawa ku “ Jawap Malaikat maut “ Tidak “ Sekadar datang untuk menziarahi sahaja. Berkata Nabi Yaakub “ Aku ada satu permintaan kepada mu “ Apa permintaan mu “ Jawab Malaikat “ Kata Nabi Yaakub : “Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkan terlebih dahulu. Kata Malaikat “Ya” Kemudian Malaikat Maut pun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub.
Lalu Nabi Yaakub bertanya “ Kamu datang untuk menziarahi atau mencabut nyawa ku “ Kata malaikat “ Aku datang kali ini, untuk mencabut nyawamu. Lalu Kata Nabi Yaakub : Bukankah telah kukatakan, jika kamu ingin mencabut nyawaku, hantarkan dahulu seorang utusan, supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab Malaikat Maut “ Aku telah lakukannya. Kata Nabi Yaakub “ Tiadapun utusan yang datang kepada ku “ Jawab Malaikat Maut “ Sesungguhnya Allah telah mengutuskan utusan iaitu Masa yang berlalu, dimana tumbuhan UBAN dikepala dan BONGKOKnya tulang belakangmu.
Pernahkah kita menilai dan insaf akan segala dosa yang telah kita lakukan sepanjang tahun yang lalu. Pernahkah kita menangis atas kecuaian meninggakan perentah sembahyang lima waktu. Marahkah kita kepada diri kita sendiri kerana tidak pernah membaca Quran sepanjang tahun, ataupun pernah kah kita meratap menangis pada 1/3 malam, memohon taubat kepada Allah SWT, sedangkan dosa yang dipikul itu berat bertimbun. Pernahkah?Nabi pernah bersabda yang bermaksud :
Barang siapa yang sama dua harinya maka ia adalah orang yang rugi, dan barang siapa semalamnya lebih baik dari hari ini, maka ia adalah orang yang ternafi dari kebaikan, dan barang siapa yang tiada peningkatan maka ia akan sentiasa berkurang, maka barang siapa sentiasa berkurang maka perut bumi itu lebik baik baginya daripada tinggal diatas permukaan bumi ini, Maknanya lebih baik MATI sahaja.
0 suRat ciNtA:
Post a Comment