-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Sunday, December 2, 2012

U P D A T E

~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ~

pagi tadi,,masa tengah bermesej-mesej dengan seorang kawan,dia suruh saya bagi tazkirah kat dia pasal 'istiqamah'..huhu..pastu,,cakap kat dia yang saya bukannya pakar dalam tazkirah ni..kalau sekadar nasihat tu boleh la..dia pun kata nasihat pun okey ! :D


Ya Allah...


Aku sangat cemburu apabila melihat sahabat-sahabat mampu berterusan atau dengan kata lainnya, istiqamah turun ke masjid/surau untuk solat fardu secara berjemaah.
Aku menjadi cemburu melihat sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dalam pembacaan al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mereka mampu istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dan maintain kan hafazan Al-Quran mereka malahan dapat menambahkan lagi ayat-ayat dan surah-surah hafazan bagi mereka yang belum habis menghafaz.
Aku merasa cemburu kepada sahabat-sahabat yang dapat istiqamah dalam mengamalkan solat sunat Dhuha tiap-tiap hari dan juga bagi mereka yang dapat istiqamah dalam solat sunat hajat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang dapat mengamalkan solat sunat rawatib.
Cemburu dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulillah SAW. Selawat dan salam ke atas baginda. Dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa beristighfar kepada Allah SWT dan sentiasa berzikir mengingati Allah SWT.
Sangat cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam belajar ilmu agama (Tolabul Ilmi).
Aku terlalu cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam membina kekuatan rohani iaitu qiamullail di waktu 2/3 malam.

Istiqamah ialah sikap teguh diri dan sentiasa konsisten.


"Tidaklah iman seorang hamba itu lurus (istiqamah) hingga hatinya istiqamah dan hatinya tidak akan istiqamah sehingga lisannya tidak istiqamah." (HR Ahmad)

Memang tidak dapat dinafikan yang istiqamah ini amat susah untuk dilakukan..tambah-tambah sekarang ni,,banyak dugaan dalam era globalisasi,,zaman teknologi sedang membangun..kadang-kadang terasa malas, kadang-kadang rasa tak cukup masa..

Istiqamah memerlukan kesabaran dan keimanan yang tinggi..suatu perkara yang mencabar keimanan seseorang muslim..Sebagaimana yang kita tahu sebelum ini,amalan yang sedkit tetapi istiqaah adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak istiqamah.tapi jangan pula kita salah faham..


Betulkanlah kefahaman kita. Sesungguhnya bukanlah istiqamah di sini hanya sekadar cukup dengan amalan yang sedikit namun Rasulullah lebih mendidik kita agar lebih mengutamakan kualiti daripada kuantiti.

CARA-CARA UNTUK MERAIH ISTIQAMAH


# Kesedaran dan kefahaman yang benar tentang ajaran Islam 

# Memahami dan mengamalkan dua kalimah syahadah dengan baik dan benar
# Mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan pengawasanNya (At-Taqarrub Wa al-Muraqabah)
# Mujahadah/Bersungguh-sungguh dalam ibadah untuk meraih istiqamah
# Bergaul bersama orang-orang yang istiqamah
# Berdoa kepada Allah swt agar Dia sentiasa memberikan kepada kita istiqamah hingga akhir hayat

“Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik ”ertinya “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati-hati teguhkanlah hatiku di atas agamaMu.” (HR Tirmidzi, Ahmad, Hakim, disahihkan oleh Az Zahabi di dalam Shahihul Jami’).


"Ya Allah. Istiqamahkan kami dalam ketaatan kepada-Mu dan tetapkan langkah kami dalam memperjuangkan agama-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin."



Semoga kita tetap teguh dalam menyebarkan dakwah Islam dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa..Amin~

sumber :iluvislam

Assalamualaikum..may Allah bless all of you :)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:11 PM

0 suRat ciNtA:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ►  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (165)
    • ▼  December (9)
      • Always Be Strong !
      • Solat Qasar dan Jamak
      • Never Give Up !!
      • Program Sehari Bersama Alumni dan Jamuan Ramah Mesra
      • It's Jumuah (FRIDAY) ^^,
      • 6 DISEMBER 2012
      • worst day +_+
      • U P D A T E
      • Biar keindahan alam ciptaan Ilahi menceritakan seg...
    • ►  November (12)
    • ►  October (7)
    • ►  May (19)
    • ►  April (30)
    • ►  March (32)
    • ►  February (29)
    • ►  January (27)
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (19)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +