~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ~
ehem..ehem..ehem..kali pertama post bagi tahun dua kosong satu tiga..semoga tahun ini memberi satu kehidupan yang cukup indah bagi kita semua dan kehidupan kita lebih baik dari tahun-tahun lepas dan amal ibadah kita bertambah dari tahun-tahun lepas...maaflah,,mengulang-ulang perkataan yang sama..hehe..
mesti semua tak tahu maksud ISAC kan?? KECUALI mereka yang terlibat dalam program ni jugak..nama penuh ISAC ialah Intellectual Syabab Awakening Camp..kem ini berlangsung tahun lepas *takingatberapaharibulan* selama 3hari 2malam..mereka yang join usrah di cfs sahaja yang tahu tentang kem ni..mula-mula peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk tunggu bas di cfs yang diketuai oleh seorang fasi..kebetulan saya satu kumpulan dengan 2 orang lagi classmate saya..hehe..kiteorang naik bas sampai kat satu masjid dekat UM..kiteorang kena berkumpul kat masjid tu dulu sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju..saya sampai kat masjid,,lebih kurang pukul 5..solat asar dulu dan tunggulah bas yang ditugaskan untuk mengangkut kiteorang ke tempat kem..tunggu punya tunggu,,bas pun sampai dah nak dekat maghrib dah..lebih kurang pukul 7 lebih,,kiteorang dah sampai kat satu masjid yang diberi nama Masjid Saidina Hamzah..mula-mula sampai terus naik ke tingkat atas bahagian muslimah untuk daftar..then,,bermulalah majlis pembukaan ISAC :)
kalau nak cerita tiap-tiap hari nanti panjang berjela pulak post ni,,jadi dipendekkan cerita,,banyak sangat ilmu yang diperoleh dalam ISAC..kami dibenarkan untuk memilih ahli kumpulan masing-masing asalkan dalam setiap kumpulan ahlinya mestilah terdiri dari smk,,smka,,mara,,sbp,,maahad dan darul quran..pelbagai aktiviti yang dijalankan dan setiap aktiviti mempunyai pengajaran yang sangat bermakna..
aktiviti pada malam terakhir semasa kami berada di Masjid Saidina Hamzah ialah muhasabah diri..oh ye ! lupa nak cerita,,hari pertama kami diberi barang amanah yang perlu dibawa setiap masa dan di mana sahaja kami berada..barang-barang amnahnya ialah 7 biji kacang hijau,,Al-Quran,,fail yang dibekalkan,,tasbih digital dan sebotol air berwarna merah *bukanairsirap* huhu..siapa yang tertinggal atau tak bawa barang amanah tersebut,,dikenakan denda..semasa aktiviti muhasabah diri,,mas'ul dan mas'ulah memang kena 'kutuk' teruk dengan abang-abang dan kakak-kakak fasi..mas'ul dan mas'ulah dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebab ada peserta yang tidak menepati masa,,tidak membawa barang amanah dan tidak memenuhi taklifat yang ditetapkan..para peserta sebenarnya tidak dibekalkan dengan tentatif program dengan sebab supaya melatih peserta dengar dan patuh arahan yang diberikan oleh fasi..
malam muhasabah memang begitu menusuk kalbu dan terasa banyak kelemahan diri ini..tangisan memenuhi dewan termasuklah saya yang memang senang tersentuh hati dan menangis..hehe..ibrah atau pengajaran yang dapat ialah kita sebagai manusia di muka bumi ini mempunyai banyak kelemahan..sebelum mata tertutup rapat,,sebelum malaikat izrail datang mencabut nyawa,,BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH! kerana Allah menerima taubat hambanya..Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak Adam itu sentiasa melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat.” (Hadis riwat Ahmad).
Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir dengan ajal).”(Hadis riwayat al-Tirmidzi).
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya) dan bahawa sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani? (surah At-Taubah ayat 104 ) |
kita juga adalah sebagai da'ie iaitu pendakwah di muka bumi ini,,perlulah memikul amanah tersebut dengan baik..kalau tidak kita,,siapa lagi yang hendak menyampaikan dakwah Islam ke seluruh masyarakat?? fikir-fikirkan~
hari terakhir program ISAC,,aktiviti yang sangat mencabar !! semua peserta perlu menjalankan satu amali iaitu memberikan serta menyampaikan dakwah kepada masyarakat di sekitar Kuala Lumpur..memang suatu cabaran yang sangat mencabar bagi kami para peserta yang baru atau mentah lagi dalam dunia dakwah ini..tapi kami dibimbing oleh seorang fasi..pelbagai gelagat yang saya jumpa dalam temu ramah dengan masyarakat di sekitar KL..ibrahnya,,kita perlu memberanikan diri untuk menempuh dugaan dan cabaran di dunia nyata ini..jangan pandai bercakap sahaja,tetapi mestilah dibuktikan dengan perbuatan juga..
okey,,sampai di sini sahaja coretan saya tentang ISAC..ISAC satu-satunya kem yang best dan mencabar yang pernah saya sertai..ISAC memang best !!! ^_^
harapan saya kepada diri sendiri : semoga saya lebih berani untuk memikul tanggungjawab sebagai da'ie Allah dan menyampaikan dakwah secara berhemah :') in sha Allahwassalam,,may ALLAH bless all of you <3
2 suRat ciNtA:
FINALLY ! haha , syukran for the reminder
@fiza ramli yeah ! FINALLY !! hahaha..'afwan 'ala kulli hal ya ukhti :)
Post a Comment