-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Saturday, March 31, 2012

graduation day...


310312 secara rasmi bergelar graduan NAIM. mo0d: gembira, sedih smua ada. gembira sbb dpt menamatkan pengajian slama 5 tahun d skolah dgn jayanya. sedih sbb dh hbes skolah. rinduuu suasana blajar, kawan2, n xlupa jga kpd cikgu2. sgala memori pahit manis akn tersemat dlm diri ni :')
okeylah, JOM tngok gmbr lh plk, mlas nk taip pnjng2. hehe

|
|
|
|

kawan 2 meja time form2

gru2 perempuan <3 

insyaAllah bakal2 doktor :)

sahabat selamanya. LOVE U BUDDY !

wlaupun xde gmbr time graduasi, time raptai pun jadilah.  terubat kesedihan :)

:: kawan 5UK ::

thanks for being my friend !!! :)))
#sedih sbb xdpt nk brgmbr ngn my geng (miss the old memories with u all) :'(
 

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:16 PM 0 suRat ciNtA

Friday, March 30, 2012

Alangkah Indahnya Ukhuwah Jika Difahami


Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadis Riwayat al-Bukhari no.13 , Muslim no.45 , dan Ahmad no.18076)
Nabi SAW menjelaskan bahawa bukti daripada persaudaraan atas landasan iman adalah mencintai kebaikan bagi saudara seagama sama seperti mencintai kebaikan itu bagi diri sendiri. Mengapa seorang Muslim mesti melakukan perkara itu? Jawapannya adalah seperti firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.” (Surah al-Hujurat : 10)
Di dalam hadis yang lain juga ada dinyatakan seperti, Daripada Abu Musa r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seorang Mukmin dengan Mukmin yang lainnya bagaikan sebuah bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” (Hadis Riwayat al-Bukhari no.2446 dan Muslim no.2585)
Di sini telah jelas mempamerkan bahawa Islam amat menitikberatkan nilai ukhwah terutama dalam kalangan umatnya. Sebagai seorang umat Islam, kita perlulah menerapkan nilai ukhwah ini dalam kehidupan kita. Tetapi sebelum itu jom kita teliti dahulu nasihat daripada Imam al-Ghazali yang menerangkan kawan yang baik dan yang tidak baik.
1- Pilih kawan yang berakal. Jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
2- Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan diransang nafsu jahatnya itu.
3- Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kepada kita pekerjaan dosa dan maksiat.
4- Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
5- Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang berkata dusta kerana akan memusnahkan jiwa.
“Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat.” (Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim)
Kita perlulah berhati-hati dalam memilih kawan dan berhati-hati dalam menilai dengan siapa kita bersahabat. Imam Malik bin Dinar berpesan kepada seorang muridnya: “Wahai Mughirah, perhatikanlah setiap orang yang menjadi kawanmu. Setiap kawan yang tidak berguna dalam peningkatan (ilmu) agamamu, maka tinggalkanlah dia. Sebab hakikatnya ia adalah musuhmu.” Diriwayatkan oleh al-Kharaiti dalam kitab ‘Makarim al-Akhlak’.
Sebagai seorang sahabat ataupun kawan yang terbaik maka kita perlu saling bantu-membantu antara satu sama lain selaras dengan sebuah hadis iaitu, Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa yang memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun pada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya. (Hadis Riwayat Muslim no.2699, 2580 dan al-Tirmizi n0.2940)
Dalam membina ikatan ukhwah ini, kita perlulah menanamkan satu sifat iaitu ikhlas dalam bersahabat. Apakah itu ikhlas? Mengikut kamus dewan, ikhlas bermaksud hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura. Ia diambil daripada perkataan Arab iaitu kholaso, atau bentuk akarnya adalah khuluuson atau kholaason, yang bermmakna jernih dan bersih daripada pencemaran. Ini serba sedikit berkenaan makna ikhlas daripada sudut bahasa.
Kenapa kita perlu ikhlas dalam bersahabat? Hal ini kerana, seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang tidak pedulikan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walaupun seberat zarah sekalipun. Apa yang diinginkan ialah redha Allah SWT. Kita perlu mencintai sahabat kita dengan ikhlas hanya kerana Allah semata-mata. Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tujuh golongan yang akan Allah SWT menaungi mereka di bawah naungan-Nya yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan-Nya, iaitu: Imam yang adil, pemuda yang taat beribadah kepada Allah SWT, orang yang hatinya terikat dengan masjid, dua orang yang saling menyayangi kerana Allah, sehingga bertemu dan berpisah juga kerana-Nya, lelaki yang diajak seorang wanita cantik untuk melakukan maksiat, namun berkata, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah.’, orang yang bersedekah dengan bersembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sepi sehingga berlinang air matanya.” (Riwayat al-Bukhari no.1423 dan Muslim no.1031).
Binalah satu nilai ukhwah yang terbaik dalam kehidupan kita bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang paling kita cintai demi meraihkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat: “Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan teman yang baik?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika kita mengingati Allah SWT dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika kita alpa dan lalai dalam mengingatiNya.” (Maksud Hadis)
Indahnya ukhwah jika disulam dengan kejujuran,Indahnya ukhwah jika disemai dengan saling berkasih-sayang,Indahnya ukhwah jika dibajai dengan keikhlasan,Indahnya ukhwah jika ditanam dengan cinta yang hakiki kerana Allah.(Muhammad Samsul Bahari_tintamuslim27)




Hayatilah bait-bait madah di atas agar kita memahami erti sebenar dalam membina ukhwah yang hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT. Orang yang berkasih-kasihan pada jalan Allah apabila berjumpa, lalu jelas-menjelaskan satu sama lain untuk mengikis segala kesusahan daripada mereka, sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran pada musim dingin. (Mujahid)
Menurut Hamka, “Empat perkara yang menimbulkan cinta ialah muka yang jernih, ringan tangan, mencari persesuaian sama sendiri, sama yang di mulut dengan yang di hati.” Jika kita melihat kata-kata daripada tokoh hebat ini, kita dapat melihat secara terperinci berkenaan dengan penerapan ukhwah ini. Binalah ukhwah antara kita dengan muka yang jernih iaitu apabila kita bertemu dengan sahabat kita, perlulah kita memberikan salam dan mempamerkan muka yang ceria (jernih) kerana melalui senyuman dan rawak muka kita yang ceria itu mungkin dapat memberikan inspirasi kepada sahabat kita. Keduanya, bantulah sahabat kita dengan mengikut kemampuan kita atau kata lainnya ringankanlah tangan dalam membantunya ketika sahabat kita memerlukan seorang teman. Seterusnya, carilah persamaan antara kita dan sahabat kita itu dalam memupuk cinta kita kepadanya dan akhirnya cinta itu perlu disalurkan kepada Allah SWT. Akhirnya, kita perlulah ikhlas dalam bersahabat dengannya.
Inilah nilai ukhwah pernah diterapkan oleh para sahabat ketika dulu. Sebagai peringatan kepada kita semua, ayuh kita renungkan kata-kata Sayidina Ali ini iaitu, “Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.” Andai kata, kita mempunyai sahabat maka hargailah sahabat kita itu dan kasihilah dirinya hanya untuk mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Akhir kalam, jom bina ikatan ukhwah yang berlandaskan IMAN yang hanya berpaksikan untuk Allah SWT semata-mata. Setakat ini sahaja coretan tinta untuk kali ini. Semoga kita semua mengambil iktibar daripadanya.
“Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati yang menjadi pendorong impian. Sahabat yang berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Semulia-mulia manusia ialah yang mempunyai adab, merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap ketika kuat.” (Khalifah Abdul Malik Marwan)


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:29 AM 0 suRat ciNtA

...travelog kehidupan...

Travelog dalam kehidupan tidak akan berakhir apabila kita mati,
tetapi travelog akan diteruskan ke dalam alam yang penuh misteri,
Travelog dalam kehidupan tidak akan berakhir apabila kita mati,
tetapi travelog akan diteruskan dengan pelbagai persoalan yang akan disoal oleh malaikat nanti,
Travelog dalam kehidupan tidak akan berakhir apabila kita mati,
tetapi travelog akan diteruskan dengan seksaan ataupun kenikmatan yang bakal menanti,
Travelog dalam kehidupan tidak akan berakhir apabila kita mati,
tetapi travelog akan diteruskan dengan bangkitnya manusia dari perut bumi,
Travelog dalam kehidupan tidak akan berakhir apabila kita mati,
tetapi travelog akan diteruskan dengan amalan yang akan dihitung di neraca Ilahi,
Travelog dalam kehidupan tidak akan berakhir apabila kita mati,
tetapi travelog akan diteruskan dengan perhitungan keadilan di mahkamah Ilahi tanpa sebarang kompromi,
Travelog dalam kehidupan tidak akan berakhir apabila kita mati,
tetapi travelog akan diteruskan dengan menerima keputusan daripada Ilahi antara neraka ataupun jannah ciptaan Ilahi,
Travelog dalam kehidupan tidak akan berakhir apabila kita mati,
tetapi travelog akan diteruskan dengan menerima azab di neraka ataupun nikmat di syurga firdausi,
Travelog dalam kehidupan tidak akan berakhir apabila kita mati,
tetapi travelog akan diteruskan dengan menghadap Ilahi di syurga firdausi dengan penuh nikmat ciptaan Ilahi buat hambaNya yang menepati janji dengan melaksanakan segala yang diperintahkan tanpa sebarang penafian dan meninggalkan segala larangannya tanpa sebarang keluhan di hati demi meraih kenikmatan yang abadi yang disediakan oleh Ilahi untuk hambanya yang beriman dan bertaqwa tatkala di muka bumi.
Setelah itu berakhirlah travelog kehidupan apabila dapat mengecapi kenikmatan yang dijanjikan Ilahi.

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:23 AM 0 suRat ciNtA

Hidup Umpama Roda



Yang paling penting, apabila kita menerima kesusahan dan musibah kita hendaklah menerimanya dengan sabar, jangan cepat melatah, kerana dalam keburukkan ada kebaikkan yang tersembunyi, dalam keuntungan ada kerugian yang tersembunyi. Jadikan setiap apa yang berlaku bukan sahaja pada diri anda, tetapi pada juga diri orang lain sebagai satu pengajaran positif dalam hidup anda, kerana selagi kita hidup, kita mesti belajar, samada daripada pengalaman sendiri, persekitaran dan orang yang berada disekeliling kita,kerana kita tidak tahu bagaimana nasib kita hari esok..
Hari ini kita gembira, belum tentu esok kita masih bergembira. Jadi..sediakan diri anda untuk menempuh kehidupan dengan penuh kematangan, kecekalan dan kesabaran, Kerana kehidupan kita umpama roda, jadi kita hendaklah bersedia untuk berada di mana-mana saja posisi kehidupan dan menghadapinya dengan tabah.


dpt doodle dari bro apit lg ! :]


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:17 AM 0 suRat ciNtA

Tuesday, March 27, 2012

Maksud Al-Fatihah~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala Puji Bagi Allah
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanya Kepada-Mu..Ya Allah..Kami Menyembah-Mu..
Ya Allah..Hanya Kepada-Mu Kami Mohon Pertolongan
Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus
Iaitu Jalan Orang-orang Yang
Kau Kurniakan Nikmat Kepada Mereka
Bukan Jalan Mereka Yang Dimurkai
Dan Bukan Pula Jalan Mereka Yang Sesat...



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 2:14 PM 0 suRat ciNtA

Monday, March 26, 2012

Segmen : Saya Suka Doodle Part 2

 

Nama : Fairuz
Warna : #FF0040 (Pink)
Tag : http://st0ry2ku.blogspot.com/,,,,,http://hannahiume.blogspot.com/

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:51 PM 2 suRat ciNtA

Bidang Pengajian Sains Farmasi

Apakah yang dipelajari ? 
Kebiasaanya bidang ini mempunyai target sukatan yang bercirikan seperti dibawah :
  • Fisiologi, iaitu cara badan berfungsi untuk asas memahami tindakan dan kegunaan ubat yang diambil
  • Kimia Farmaseutik, peranan prinsip-prinsip kimia bagi mengkaji ubat-ubatan, sifat-sifat fizikokimianya dan perhubungan struktur dengan aktiviti biologi ubat, dan kaedah-kaedah analisis bagi mengawal dan mengenalpasti mutu ubat.
  • Teknologi Farmaseutik, belajar cara memfomulasi dan menyediakan ubat dalam bentuk dos, rekabentuk dos baru, kaedah-kaedah perusahaan farmasi, pengawalan mutu, pengawalan mikrobiologi, serta aspek-aspek biofarmasi dan farmakokinetik untuk kegunaan pengguna.
  • Farmasi sosial dan pentadbiran, belajar aspek-aspek farmasi sosial, pentadbiran, pengurusan seperti ekonomi, tingkahlaku dan dasar ubat ubatan.
  • Farmakologi, ia lebih melibatkan penggunaan ubatan dalam rawatan termasuk cara penyerapan, taburan, metabolisme, ekskresi drug, mekanisme tindakan, kegunaan serta kesan sampingan.
  • Farmasi klinikal, belajar kaedah memilih ubat untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit tertentu.

Kerjaya?
  • Hospital adalah paling sinonim termasuk hospital-hospital di universiti, angkatan tentera, kerajaan dan juga swasta.
  • Bertugas dalam pengurusan dalam syarikat-syarikat farmaseutikal Multi-nasional dan tempatan
  • Menyambung pengajian sebagai pensyarah dengan terlibat dalam akademik dan penyelidikan
  • Terlibat dalam industri Farmaseutikal  ( pengeluaran dan jaminan, mutu, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan )
Kebiasaanya juga pelajar akan berkhidmat dalam bidang seperti perkhidmatan farmasi pesakit luar, bekalan wad, kaunseling ubat-ubatan, maklumat drug, farmasi onkologi dan pelbagai lagi.


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:09 AM 7 suRat ciNtA

Sunday, March 25, 2012

Kelebihan Puasa Sunat Isnin dan Khamis

 


Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)


Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut.

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:


“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)


Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 6:40 PM 0 suRat ciNtA

15 Rutin Seoarang Muslim

 

1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda and setiap ketika
3. Tenang, dalam semua situasi
4. Hindari rasa marah
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya
11. Peluk ibubapa kita
12. Senyum kepada semua orang selalu
13. Memaafkan, melupakan dan senyum
14. Tidak mencari populariti
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa


“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.”



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 6:38 PM 0 suRat ciNtA

:.. Didik Hati Agar Sentiasa Bersyukur..:

 

Firman Allah yang bermaksud:

“Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” – (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .

Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.
Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar.” – (Maksud al-Hadis)
Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati.” (Surah al-Haysr, ayat 2)
Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan.
Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.
Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.
Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :
Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya
Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin.” - (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.” – (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata:
“Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat.” – (Surah an-Namlu, ayat 20) .
Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.

Musibah Menghapuskan Dosa
Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.” – (Maksud al-Hadis)

Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat.” –(Surah al-Hadid, ayat 23)

Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.
Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.

Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.
Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.




teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 6:35 PM 0 suRat ciNtA

request post (:

apa khabar smua?
harap2 kamu semua berada dalam keadaan sihat walafiat c:
pagi td, fairuz ad bgtw kt someone yg fairuz dh xtw nk update psl apa.
ps2, die bgtau sruh update psl die plk. huh !
ape2 jerlah~


okeylah,,fairuz perkenalkan si empunya bdn. jeng3~~~~~
fairuz pnggil kt die DATUK MR :p
knapa pnggil mcm 2? sbb die plupa. pelupa tuu mksudnya dh tua. haha
MR pnggil kt fairuz---.>FF
xtwlah mcm mna fairuz boleh TER-kenal plk ngn MR ni.
die suke cari psal ngn fairuz
stiap hari ade je topik nk cari psl ngn fairuz.
hahaha
hari ni MR bru tw fairuz ad blog
die komen blog fairuz ni bgus + fairuz ad bakat
ada bakat apa,,fairuz sndiri pun xtw. hehe :D
trima kasih di atas pujian MR ! fairuz terima pujian 2 :p
okeylah, xnak tulis panjang2.
sorii MR klau post ni menyakitkan hati MR
ni semua adalah gurauan semata-mata.
fairuz nak bg pantun kt MR :
pergi ke kedai membeli pen merah
harap2 MR tak marah




 

k, chill :)



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 5:45 PM 14 suRat ciNtA

Saturday, March 24, 2012

semoga hari ini lebih baik dari semalam

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:09 AM 2 suRat ciNtA

Thursday, March 22, 2012

Say Alhamdulillah.

Alhamdulillah.
Thank You Allah,,Thank You Allah..
debaran sudah berakhir pada jam 12 tgh hari tanggal 210312
memang penantian itu satu penyeksaan~
walaupun fairuz xdapat macam yang fairuz nak, tapi tkperlah reda dengan keputusan yg Allah dh tentukan.
mungkin ini yang TERBAIK bt diri fairuz.
dan mungkin ada hikmah di sebalik semua ni
think positive !~
mula2 dapat result rsa sedih sngt sbb fairuz dapat paling rendah antara kami ber-4
alhamdulillah..sekarang fairuz dapat terima hakikat 2. :))
thank you to all my teachers, family, friends and my besties <3
ingatlah SPM baru permulaan hidup. masih panjang lagi perjalanan yang mesti ditempuh.

chill :)


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 6:22 PM 6 suRat ciNtA

Tuesday, March 20, 2012

::. re-post .::

jgn lupa ya esok. perkara sebelum ambil result..

http://ilurvemaiself.blogspot.com/2012/03/khas-untuk-calon-spm11.html

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 4:43 PM 0 suRat ciNtA

Monday, March 19, 2012

debaran semakin terasa !!!!!!!!!!!!!

hari yg dtunggu-tunggu oleh budak2 1994 smakin dekat
saper2 yang xrasa berdebar tu, mmng fairuz tabik spring lh kt die.
naseb baik xjd  mcm ni je-----> @##$%^&*#$
smua blogger yang lahir taun 1994 pun dh buat post psl result n perkara2 yang berkaitan.
tadi baru lepas baca blog langitilahi. rasa hilang berdebar kejap :)
okeylah, xnak cerite panjang2 lg.
nnti emosi xstabil plk. huhu.
sbelum tu fairuz mengalu-alukan kawan2 baca post dari blog langitilahi kt bawah ni.

---->http://langitilahi.com/7783

S.E.L.A.M.A.T. M.E.M.B.A.C.A. !! (^____^)


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:47 PM 2 suRat ciNtA

Saturday, March 17, 2012

amalkan sebelum tidur z__z

 

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:16 PM 0 suRat ciNtA

Friday, March 16, 2012

Doodle ke-2

alhamdulillah, rezeki fairuz.
fairuz tersenarai dalam 45 orang blogger perempuan yg terawal menyertai segmen apit
akhirnya, fairuz dapat doodle ke-2 dari apit. ! =D

ni lah doodlenya. cantik bukan??


thank you so much !!



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:50 AM 3 suRat ciNtA

perkara sunat yang dilakukan pada hari jumaat

1. MANDI.
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lainyang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.
( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
2. Menghias dan Pakai Wangi²an.
Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.”
3. Memotong Kuku.
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masaterutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
4. Membaca Surah al-Kahfi.
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.”
(Riwayat Al-Baihaqi)
5. Memperbanyak Doa.
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah
Sabda baginda yang bermaksud :
“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”
(Riwayat Muslim).
6. Berselawat.
Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Sabda baginda yang bermaksud :
“Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 12:05 AM 0 suRat ciNtA
Subscribe to: Posts (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ►  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (165)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (7)
    • ►  May (19)
    • ►  April (30)
    • ▼  March (32)
      • graduation day...
      • Alangkah Indahnya Ukhuwah Jika Difahami
      • ...travelog kehidupan...
      • Hidup Umpama Roda
      • Maksud Al-Fatihah~
      • Segmen : Saya Suka Doodle Part 2
      • Bidang Pengajian Sains Farmasi
      • Kelebihan Puasa Sunat Isnin dan Khamis
      • 15 Rutin Seoarang Muslim
      • :.. Didik Hati Agar Sentiasa Bersyukur..:
      • request post (:
      • semoga hari ini lebih baik dari semalam
      • Say Alhamdulillah.
      • ::. re-post .::
      • debaran semakin terasa !!!!!!!!!!!!!
      • amalkan sebelum tidur z__z
      • Doodle ke-2
      • perkara sunat yang dilakukan pada hari jumaat
      • ~ Fadhilat Membaca Surah Yasin ~
      • Perubahan. Berubah.
      • dup..dap..dup..dap..
      • Khas untuk Calon SPM'11
      • Doa untuk Result SPM
      • Segmen Saya Nak Doodle Apit
      • alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
      • Tiga orang pandang keluar tingkap yang sama... ...
      • :: Doa Memohon Akhlak Mulia ::
      • Susahkah Menjaga Lidah ?
      • 10 sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah
      • 10 Pesanan untuk jadi individu dan umat yang hebat...
      • Fakta tentang ibu anda !
      • Sudah Kembali :D
    • ►  February (29)
    • ►  January (27)
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (19)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +