-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Wednesday, March 14, 2012

Perubahan. Berubah.

Siapa yang tidak mahu melakukan perubahan? Semua orang ingin berubah. Hatta seseorang itu sejahat mana pun, pasti pernah terdetik dihatinya untuk melakukan perubahan. Sekurang-kurang sedikit. Berubah untuk menjadi baik.
Di luar sana, saya sangat percaya pasti ada orang yang sedang semangat membara untuk melakukan transformasi diri. Mahu perbaiki itu dan ini.
Sudah merancang begitu dan begini. Semangat dikepilkan di dada. Lalu perubahan sedikit demi sedikit dilakukan mengikut kemampuan diri.
Dan tiba-tiba, dalam proses melakukan perubahan, perjalanan hidup bertemu dengan sesuatu perkara yang agak membuntukan jiwa. Akhirnya semangat perubahan yang membara itu, sedikit demi sedikit terpadam. Hilang dan terbang entah ke mana. Diri menyesali keadaan sendiri, tapi hanya mampu membiarkan semuanya berlalu.
Pernah merasa hal yang sedemikian?
Perubahan Yang Ghaib
Kadang kala, kita memang tekad melakukan perubahan. Niat hanya satu; mahu berubah demi meraih redha-Nya. Tapi sering kali dalam titian menuju perubahan itu, kita tergelincir. Akhirnya, terleka apabila sudah terjatuh. Hanya, berhenti setakat di situ.
Dan ada masanya, kita sudah melakukan perubahan. Tetapi perubahan yang baik itu pula tiba-tiba digantikan dengan keburukan yang lalu. Ada sahaja mulut-mulut manusia yang dengki yang akan mengungkit dan tidak senang dengan perubahan pada diri.
Dan akhirnya, semuanya benar-benar hilang.
Kita merasakan diri lebih teruk dari sebelumnya. Oleh kerana merasa tidak punya kekuatan untuk melakukan perubahan, maka kita lebih rela mengikut arus zaman yang sememangnya bertentang dengan keinginan jiwa yang mahu kepada kebaikan.
Apa yang terjadi pada diri kita sebenarnya?
Iman Yang Turun Naik
Di mana iman yang tadi sedang menaik.
Dan menurun dengan mendadak secara tiba-tiba?
Memang benar iman itu ada waktu turun dan naiknya. Waktu naiknya adalah ketika kita melakukan sesuatu yang berkaitan dengan hal mendekatkan diri kepada ALLAh Ta’ala. Dan iman akan menurun apabila kita melakukan sesuatu yang menyebabkan kita jauh dari ALLAh Ta’ala. Kerana, sumber kekuatan iman itu ada pada Dia!
Dimanakah silapnya pada tindakan kita?
Berubah ke arah kebaikan memang digalakkan dalam Islam. Apatah lagi perubahan itu adalah penghijrahan kepada seseorang yang ingin menjadi hamba ALLAh Ta’ala yang lebih baik. Tetapi, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berubah secara drastik.
Islam menganjurkan kesederhanaan; wasatiyyah!
Berubah. Perubahan biarlah dilakukan secara berperingkat-peringkat atau perlahan-lahan. Dan itu tidaklah menjadi tiket untuk kita tetap melakukan perkara-perkara yang kurang baik. Berubah secara perlahan-lahan. Dalam masa yang sama, menyental karat jahiliyyah dalam diri. Perlahan tapi istiqamah itu lagi baik.
Dan memang perubahan tidak pernah mudah. Bukan mudah mahu menggantikan tabiat yang lama dengan tabiat yang baru. Yang belum menjadi sebahagian daripada diri berbanding tabiat yang lama. Tapi berusahalah. Hanya orang yang berusaha yang sentiasa menemukan jalan selamat baginya.
Cuba, gantikan sesuatu yang kita suka tonton, tengok, lakukan dan cakap dengan sesuatu yang mendekatkan diri kita kepada ALLAH Ta’ala.
Berubah mendekatkan diri kepada ALLAH Ta’ala bukan bererti meninggalkan dunia dan segala keseronokan diwaktu alam remaja. Islam tidaklah begitu ‘kencang’ sehingga mengekang fitrah manusia yang sukakan kepada benda-benda hiburan yang menyenangkan hati. Dan membungakan jiwa.
Berubahlah, hanya kerana redha ALLAH.
Berubahlah, kerana kau memang perlu berubah.
Berubahlah, kerana memang inilah masanya kau untuk berubah.
Langkah demi langkah. Perlahan-lahan. Dan istiqamah.
Kita lebih kenal diri kita masing-masing bagaimana. Maka, kuncinya adalah diri kita sendiri. Biarlah sikit tapi berterusan, amalan begitu lebih ALLAH Ta’ala sukai!
Untuk diriku,
dan diri kamu serta kamu.
Semoga ALLAH merahmati.


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:45 AM

0 suRat ciNtA:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ►  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (165)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (7)
    • ►  May (19)
    • ►  April (30)
    • ▼  March (32)
      • graduation day...
      • Alangkah Indahnya Ukhuwah Jika Difahami
      • ...travelog kehidupan...
      • Hidup Umpama Roda
      • Maksud Al-Fatihah~
      • Segmen : Saya Suka Doodle Part 2
      • Bidang Pengajian Sains Farmasi
      • Kelebihan Puasa Sunat Isnin dan Khamis
      • 15 Rutin Seoarang Muslim
      • :.. Didik Hati Agar Sentiasa Bersyukur..:
      • request post (:
      • semoga hari ini lebih baik dari semalam
      • Say Alhamdulillah.
      • ::. re-post .::
      • debaran semakin terasa !!!!!!!!!!!!!
      • amalkan sebelum tidur z__z
      • Doodle ke-2
      • perkara sunat yang dilakukan pada hari jumaat
      • ~ Fadhilat Membaca Surah Yasin ~
      • Perubahan. Berubah.
      • dup..dap..dup..dap..
      • Khas untuk Calon SPM'11
      • Doa untuk Result SPM
      • Segmen Saya Nak Doodle Apit
      • alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
      • Tiga orang pandang keluar tingkap yang sama... ...
      • :: Doa Memohon Akhlak Mulia ::
      • Susahkah Menjaga Lidah ?
      • 10 sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah
      • 10 Pesanan untuk jadi individu dan umat yang hebat...
      • Fakta tentang ibu anda !
      • Sudah Kembali :D
    • ►  February (29)
    • ►  January (27)
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (19)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +