-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Friday, March 30, 2012

Alangkah Indahnya Ukhuwah Jika Difahami


Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadis Riwayat al-Bukhari no.13 , Muslim no.45 , dan Ahmad no.18076)
Nabi SAW menjelaskan bahawa bukti daripada persaudaraan atas landasan iman adalah mencintai kebaikan bagi saudara seagama sama seperti mencintai kebaikan itu bagi diri sendiri. Mengapa seorang Muslim mesti melakukan perkara itu? Jawapannya adalah seperti firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.” (Surah al-Hujurat : 10)
Di dalam hadis yang lain juga ada dinyatakan seperti, Daripada Abu Musa r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seorang Mukmin dengan Mukmin yang lainnya bagaikan sebuah bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” (Hadis Riwayat al-Bukhari no.2446 dan Muslim no.2585)
Di sini telah jelas mempamerkan bahawa Islam amat menitikberatkan nilai ukhwah terutama dalam kalangan umatnya. Sebagai seorang umat Islam, kita perlulah menerapkan nilai ukhwah ini dalam kehidupan kita. Tetapi sebelum itu jom kita teliti dahulu nasihat daripada Imam al-Ghazali yang menerangkan kawan yang baik dan yang tidak baik.
1- Pilih kawan yang berakal. Jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
2- Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan diransang nafsu jahatnya itu.
3- Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kepada kita pekerjaan dosa dan maksiat.
4- Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
5- Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang berkata dusta kerana akan memusnahkan jiwa.
“Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat.” (Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim)
Kita perlulah berhati-hati dalam memilih kawan dan berhati-hati dalam menilai dengan siapa kita bersahabat. Imam Malik bin Dinar berpesan kepada seorang muridnya: “Wahai Mughirah, perhatikanlah setiap orang yang menjadi kawanmu. Setiap kawan yang tidak berguna dalam peningkatan (ilmu) agamamu, maka tinggalkanlah dia. Sebab hakikatnya ia adalah musuhmu.” Diriwayatkan oleh al-Kharaiti dalam kitab ‘Makarim al-Akhlak’.
Sebagai seorang sahabat ataupun kawan yang terbaik maka kita perlu saling bantu-membantu antara satu sama lain selaras dengan sebuah hadis iaitu, Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa yang memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun pada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya. (Hadis Riwayat Muslim no.2699, 2580 dan al-Tirmizi n0.2940)
Dalam membina ikatan ukhwah ini, kita perlulah menanamkan satu sifat iaitu ikhlas dalam bersahabat. Apakah itu ikhlas? Mengikut kamus dewan, ikhlas bermaksud hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura. Ia diambil daripada perkataan Arab iaitu kholaso, atau bentuk akarnya adalah khuluuson atau kholaason, yang bermmakna jernih dan bersih daripada pencemaran. Ini serba sedikit berkenaan makna ikhlas daripada sudut bahasa.
Kenapa kita perlu ikhlas dalam bersahabat? Hal ini kerana, seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang tidak pedulikan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walaupun seberat zarah sekalipun. Apa yang diinginkan ialah redha Allah SWT. Kita perlu mencintai sahabat kita dengan ikhlas hanya kerana Allah semata-mata. Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tujuh golongan yang akan Allah SWT menaungi mereka di bawah naungan-Nya yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan-Nya, iaitu: Imam yang adil, pemuda yang taat beribadah kepada Allah SWT, orang yang hatinya terikat dengan masjid, dua orang yang saling menyayangi kerana Allah, sehingga bertemu dan berpisah juga kerana-Nya, lelaki yang diajak seorang wanita cantik untuk melakukan maksiat, namun berkata, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah.’, orang yang bersedekah dengan bersembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sepi sehingga berlinang air matanya.” (Riwayat al-Bukhari no.1423 dan Muslim no.1031).
Binalah satu nilai ukhwah yang terbaik dalam kehidupan kita bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang paling kita cintai demi meraihkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat: “Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan teman yang baik?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika kita mengingati Allah SWT dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika kita alpa dan lalai dalam mengingatiNya.” (Maksud Hadis)
Indahnya ukhwah jika disulam dengan kejujuran,Indahnya ukhwah jika disemai dengan saling berkasih-sayang,Indahnya ukhwah jika dibajai dengan keikhlasan,Indahnya ukhwah jika ditanam dengan cinta yang hakiki kerana Allah.(Muhammad Samsul Bahari_tintamuslim27)




Hayatilah bait-bait madah di atas agar kita memahami erti sebenar dalam membina ukhwah yang hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT. Orang yang berkasih-kasihan pada jalan Allah apabila berjumpa, lalu jelas-menjelaskan satu sama lain untuk mengikis segala kesusahan daripada mereka, sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran pada musim dingin. (Mujahid)
Menurut Hamka, “Empat perkara yang menimbulkan cinta ialah muka yang jernih, ringan tangan, mencari persesuaian sama sendiri, sama yang di mulut dengan yang di hati.” Jika kita melihat kata-kata daripada tokoh hebat ini, kita dapat melihat secara terperinci berkenaan dengan penerapan ukhwah ini. Binalah ukhwah antara kita dengan muka yang jernih iaitu apabila kita bertemu dengan sahabat kita, perlulah kita memberikan salam dan mempamerkan muka yang ceria (jernih) kerana melalui senyuman dan rawak muka kita yang ceria itu mungkin dapat memberikan inspirasi kepada sahabat kita. Keduanya, bantulah sahabat kita dengan mengikut kemampuan kita atau kata lainnya ringankanlah tangan dalam membantunya ketika sahabat kita memerlukan seorang teman. Seterusnya, carilah persamaan antara kita dan sahabat kita itu dalam memupuk cinta kita kepadanya dan akhirnya cinta itu perlu disalurkan kepada Allah SWT. Akhirnya, kita perlulah ikhlas dalam bersahabat dengannya.
Inilah nilai ukhwah pernah diterapkan oleh para sahabat ketika dulu. Sebagai peringatan kepada kita semua, ayuh kita renungkan kata-kata Sayidina Ali ini iaitu, “Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.” Andai kata, kita mempunyai sahabat maka hargailah sahabat kita itu dan kasihilah dirinya hanya untuk mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Akhir kalam, jom bina ikatan ukhwah yang berlandaskan IMAN yang hanya berpaksikan untuk Allah SWT semata-mata. Setakat ini sahaja coretan tinta untuk kali ini. Semoga kita semua mengambil iktibar daripadanya.
“Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati yang menjadi pendorong impian. Sahabat yang berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Semulia-mulia manusia ialah yang mempunyai adab, merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap ketika kuat.” (Khalifah Abdul Malik Marwan)


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:29 AM

0 suRat ciNtA:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ►  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (165)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (7)
    • ►  May (19)
    • ►  April (30)
    • ▼  March (32)
      • graduation day...
      • Alangkah Indahnya Ukhuwah Jika Difahami
      • ...travelog kehidupan...
      • Hidup Umpama Roda
      • Maksud Al-Fatihah~
      • Segmen : Saya Suka Doodle Part 2
      • Bidang Pengajian Sains Farmasi
      • Kelebihan Puasa Sunat Isnin dan Khamis
      • 15 Rutin Seoarang Muslim
      • :.. Didik Hati Agar Sentiasa Bersyukur..:
      • request post (:
      • semoga hari ini lebih baik dari semalam
      • Say Alhamdulillah.
      • ::. re-post .::
      • debaran semakin terasa !!!!!!!!!!!!!
      • amalkan sebelum tidur z__z
      • Doodle ke-2
      • perkara sunat yang dilakukan pada hari jumaat
      • ~ Fadhilat Membaca Surah Yasin ~
      • Perubahan. Berubah.
      • dup..dap..dup..dap..
      • Khas untuk Calon SPM'11
      • Doa untuk Result SPM
      • Segmen Saya Nak Doodle Apit
      • alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
      • Tiga orang pandang keluar tingkap yang sama... ...
      • :: Doa Memohon Akhlak Mulia ::
      • Susahkah Menjaga Lidah ?
      • 10 sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah
      • 10 Pesanan untuk jadi individu dan umat yang hebat...
      • Fakta tentang ibu anda !
      • Sudah Kembali :D
    • ►  February (29)
    • ►  January (27)
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (19)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +