-->
skip to main | skip to sidebar
~ Bicara Insan ~

Saturday, February 25, 2012

OFF to terengganu for a week
tata~~

faqeh ! wait acik ya !! :)

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 1:30 PM 4 suRat ciNtA

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

JOM BACA KEJAP !! :)


Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 12:31 AM 6 suRat ciNtA

Friday, February 24, 2012

+ Doodle Khas Untuk Nyue +

fairuz buka blog tadi dan ternampak sesuatu kt chatbox.
sesuatu?? hehe
nie lah 'sesuatu' tue
okey, nampak x??
ada request doodle la. *gembira !! huhu.
adoyai !! fairuz bukannye expert lagi bab-bab doodle ni.
tp tkperlah, dengan kreativiti yang ada, fairuz buat jgk..
nk tngok hasilnya?


ciap !~ sori kalau xberkenan ye cik nyue :)
okey, nytezZZ

p/s : blogger lain DILARANG sama sekali untuk mengambilnya ! *mcmlah cntik sngat smpai ad orng nnk ambil.perasaan sorang diri

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 1:30 AM 5 suRat ciNtA

* Seharum Pusara Masyitah *

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah. 

Masih ingat kisah Masyitah? Salah seorang serikandi Islam yang dijanjikan syurga oleh Allah kerana tekadnya beliau memegang tauhid Allah hingga ke hujung nafasnya. InsyaAllah, mari kita susuri kisah tokoh Islam yang sangat berani ini, lalu mengambil kekuatan daripada beliau, betapa kukuh pegangannya memegang tali Allah.

Di antara mereka yang beriman dengan dakwah dan seruan Nabi Musa a.s ialah keluarga Masyitah dan suaminya Hazaqil. Hazaqil ialah seorang yang amat dipercayai oleh Fir’aun, manakala Masyitah pula adalah penyisir rambut anak Fir’aun. Mereka amat taat dan beriman kepada Allah SWT namun, mereka berjaya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Fir’aun.

Disebabkan Hazaqil menentang Fir’aun kerana menjatuhkan hukuman mati kepada seorang ahli sihir yang menyatakan keimanannya terhadap Allah, maka beliau turut dijatuhkan hukuman mati. Hazaqil menemui ajalnya dengan tangan terikat pada pohon kurma dan tubuhnya penuh dengan ditembusi anak panah. Isterinya, Masyitah sangat bersedih atas kematian suaminya itu.

Pada suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, tanpa sengaja sisir tersebut terjatuh ke lantai, lalu Masyitah pun berkata tanpa disangka-sangka: 

“Dengan nama Allah, binasalah Fir’aun.”

Disebabkan marah, anak Fir’aun telah mengadukan perkara tersebut kepada ayahnya. Lalu, Masyitah pun dipanggil oleh Fir’aun untuk disoal siasat.

Ketika disoal sama ada benar atau tidak dia menghina Fir’aun, Masyitah mengiyakan tanpa rasa takut atau gentar. Lalu, Fir’aun menjadi murka. Dua pilihan diberi kepada Masyitah, samada dia mengatakan Fir’aun adalah Tuhan yang patut disembah atau jika dia ingkar, dia dan anak-anaknya akan dimasukkan ke dalam kuali yang sedang mendidih minyaknya.

Masyitah tetap dengan keimanannya. Namun, dia merasa sedikit ragu apabila melihat wajah kedua anaknya. Namun, dengan kekuasaan Allah SWT, anak yang masih menyusu itu berkata; 

“Jangan bimbang wahai ibuku. Ini kerana kita semua akan memperolehi ganjaran yang hebat daripada Allah SWT. Pintu syurgaNya akan terbuka luas menunggu kedatangan kita.”

Lantas, tanpa sedikit pun rasa takut, Masyitah terus terjun ke dalam kuali berisikan minyak panas yang sedang menggelegak itu bersama kedua anaknya. Tiada sebarang tangisan ataupun jeritan yang kedengaran. Malahan keajaiban telah terjadi dengan kehendak Allah. Minyak yang sedang menggelegak itu tiba-tiba mengeluarkan haruman yang semerbak.

Demikianlah kisah Masyitah. InsyaAllah, semoga kita semua akan dapat mengambil hikmah dan mengikuti jejak langkahnya, meninggal di dalam keadaan yang teguh menggenggam Kalimah Tauhid yang agung.

--------------------------------------------

Letakkanlah diri kita sekarang di dalam situasi yang dialami oleh Masyitah. Adakah kita akan tetap memegang Tauhid Allah, atau sanggup kita melepaskan Islam & Allah kerana takut dengan minyak yang mendidih & menggelegak itu?

Sesungguhnya, tetaplah berpegang teguh kepada Allah. Berpeganglah pada hukum Allah, dari Dia kita datang, maka, kepada Dia jugalah kita kembali..

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah. 

Allah telah memberikan kekuatan, keyakinan & keberanian kepada mereka untuk tetap berpegang kepadaNya kerana mereka sentiasa yakin & percaya dengan kekuasaan & pertolongan Allah. Pengajaran inilah yang paling penting untuk kita semua agar iman kita akan terus dikukuhkan oleh Allah. insyaAllah.. 

Mudah-mudahan, kembalinya kita kelak, walau tidak seharum pusara serikandi agung Masyitah, sekurang-kurangnya, dapatlah kita meraih keredhaan Allah.. amiin ya rabbal 'alamin..

Allahumma inni as aluka ridhoka wal jannah, ya Allah..
Wallahu 'alam...

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 12:19 AM 2 suRat ciNtA

Thursday, February 23, 2012

Follower Ke-100

semalam fairuz dapat follower yang ke-100
sebenarnya fairuz xbercadang pun nk buat entry ni
tapi disebabkan di-request oleh si dia, so fairuz buatlah entry special ni. hehe

nak tau siapakah si dia yang bertuah sangat tu?
jeng..jeng..jeng...
nie lah blog empunya diri yang bertuah tu :)


KISAH KITA


nama nya ialah Nurul Izra Ishak.
JOM kita blogwalking di blog akak izra ni ~
tahniah akak !!
okeylah, fairuz dah xtau nak tulis apa psl akak
ni ada hadiah untuk akak.
hadiahnya ialah doodle.

harap akak dapat terima doodle yang xseberapa dari fairuz ni. hehe
sori kalau huduh ye akak~
orang lain jgn ambil tau !

p/s : kalau kak izra nak ambil, highlightkan gmbr tu n tkn ctrl + c. kalau xnak ambil pun takpe. hihi

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:47 AM 2 suRat ciNtA

Wednesday, February 22, 2012

doodle dah sampai !

yeay !!
doodle untuk segmen yang fairuz join dah dapat sebentar tadi.
thanks a lot to hafizzi aziz :)
suka sangat2, cantik !~



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 8:25 PM 2 suRat ciNtA

Tuesday, February 21, 2012

doodle ^^

apa khabar semua? sehat?
erm~ hari ni, fairuz baru nak belajar buat doodle.
lama btol duk mengadap lappy ni, semata-mata nak cuba buat doodle.
fairuz tengok orang lain buat doodle, terasa nak mencubalah bakat sendiri. hehe
fairuz buat yang simple-2 je.
nak tengok x? huhu
ni lah hasil kerjanya
----------------------------------------------------------
ni first doodle guna paint

yang ni plk, first doodle guna photoshop

kelakar la tengok hasil kerja tangan fairuz ni.
ntah ape-2 je. haha
yerla, baru nak belajar . xderla secantik blogger yang dah terer buat doodle ni.
2 pun, baru buat kepala je, xmasuk badan lagi.
nanti next time fairuz letak yang fairuz buat doodle penuh pulak k ! ^_^

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:02 PM 2 suRat ciNtA

Saya Join, Pasti Dapat Doodle

rasa berminat je nk join segmen ni.
segmen apa??
JOM kita tngk~



Nama Panggilan Anda : Fairuz
URL belog : http://ilurvemaiself.blogspot.com/
Negeri Kelahiran : Kelantan
Warna Kesukaan : Purple, Pink


okey, fairuz nk tag hanah, fatien, amni


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 3:54 PM 3 suRat ciNtA

Tanda Berhenti dalam Al-Quran

ayuh kita belajar dan perbetulkan bersama.


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 7:49 AM 0 suRat ciNtA

FAKTA Tentang Senyum Dari Sudut Kesihatan

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN

#Sumber : www.fb.com/jomshare


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 7:47 AM 0 suRat ciNtA

iloveyou

eh2 ! jangan salah faham pulak dengan tajuk entry tu.
bukan 'love' kat BF pun. xmain cintan cintun ni.
ilove my 'anak buah' la~
hari ni adalah hari lahir muhammad nu'man faqeh.
happy 2nd birthday to you ! :))
kan fairuz ada cakap dalam post sebelum ni yang kiteorang sambut hari lahir faqeh awal lagi.
ni lah hasil gambar yang diambil masa hari tu.

click...click..
kek hari jadi nu'man

ready untuk tiup lilin

1..2..3...

apa yang gembira sangat ni? haha

ibu dan anak :)

faqeh punya~

tinggal separuh selepas dimakan ^_^
special wish for you :  *macam lah faqeh baca. huhu
~ semoga menjadi anak yang soleh
~ semoga menjadi anak yang berguna kepada ibu dan aboh
~ nanti besar jangan tinggal solat
~ jangan nakal-nakal, nanti pening ibu dan aboh nak jaga :)
~ semoga menjadi abang yang baik kepada sepupu dan adik-adik 
salam sayang : acik <3

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 12:08 AM 2 suRat ciNtA

Monday, February 20, 2012

Jadilah Rakan Yang Terbaik Kepada Rakan Kita (:

Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.
Dalam kita berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada rakan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan.
Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita di waktu susah dan juga senang.
Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Dimana-mana sahaja tempat kita boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Kehidupan kita dan rakan-rakan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Kita juga boleh meminta pandangan dari rakan-rakan kita terhadap perkara yang kita tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh rakan kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju.
"Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."
Masa senang adalah masa yang paling disukai oleh sesiapa sahaja. Pada waktu senang ramai rakan-rakan akan bersama dengan kita. Mereka akan berasa seronok dapat berkawan dengan kita. Kita juga akan berasa seronok mempunyai rakan-rakan yang ramai. Semua orang akan rasa gembira apabila berada pada waktu senang.
Tetapi langit tidak selalu cerah. Kita akan diuji oleh Allah S.W.T dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai orang yang dapat membantu diri kita. Pada waktu ini juga kita akan dapat menilai siapakah yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita. Ramai rakan-rakan akan lari meninggalkan diri kita kerana kesusahan yang kita alami.
Jika masih ada rakan-rakan yang setia bersama dengan kita itulah rakan-rakan yang benar ikhlas dan hubungan persahabatan yang dibina. Mereka akan cuba membantu kita mengikut kemampuan diri mereka. Bersyukurlah kita jika mempunyai rakan-rakan yang setia bersama dengan kita di waktu susah.
Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama dengan diri kita. Jika kita tidak pandai untuk menghargai rakan-rakan kita, sudah tentu mereka akan pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada rakan-rakan kita mengikut kemampuan diri kita. Sentiasa mengambil berat kepada diri mereka.
Contoh hubungan persahabatan terbaik yang perlu kita contohi adalah sahabat-sahabat seperjuangan Rasulullah S.A.W seperti Abu Bakar As-Siddiq Umar Al Khattab, Usman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib dan sahabat-sahabat nabi yang lain.
Mereka bersahabat kerana Allah S.W.T dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W untuk menegakkan agama Islam. Tidak kira di waktu susah atau pun senang mereka akan tetap berjuang bersama dengan Rasulullah S.A.W. Itulah contoh sahabat terbaik yang perlu kita contohi.
Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain.
Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 12:46 PM 4 suRat ciNtA

Sunday, February 19, 2012

+ my baby +

malam ni,malam esok, malam lusa dan malam-2 seterusnya dah takde bunyi tangisan bayi
rasa macam pelik je rumh ni jadi sunyi. hehe
dannn rumh ni akan kesunyian dengan tangisan bayi selama 1 bulan.
nanti akan rasa rinduuu kat budk ni   >__<



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:00 PM 0 suRat ciNtA

FREEDOM !!

i'm FREE from being a babysitter for 10 days
hui3~


#mood : happy + miss my baby.

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 10:32 AM 0 suRat ciNtA

Saturday, February 18, 2012

B.I.R.T.H.D.A.Y.

semalam xsempat nk update blog sebab tido awl.

xtw la knape mngantuk sngt-2 semalam.

pdhl msa petang 2, dh tido. huhu

okeylah, truskan kpd point yg nk dismpaikn.

semalam perawalkn smbut hari lahir faqeh yg ke-2.

hari lahir die sbnrnye 21 haribulan ni.

tp sbb die dh nk balik KT hari ni, jadi smbut semalam la.

along blnja KFC n kek buah.

faqeh happy dpt tiup lilin, smpai bnyk kali pulk die nk tiup. hahaha

memang xbleh tiup-2 lilin ni, tp sja nk bt suka-2.

#dh besar dh faqeh. cepatnye masa berlalu~  :D


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:00 AM 2 suRat ciNtA

Friday, February 17, 2012

budak-2 bru nak belajar

apa yg dimaksudkan dgn tajuk post kat ats 2?
hehe. sebenarnya pagi td baru blajar buat ROTI JALA.

lebih kurang mcm ni la yg fairuz bt. tp ni gmbr dri en.google :)

first time bt. agak menjadi la.

selepas digulung-2 mcm ni lh jadinya. thanks utk en.google skali lg. 
lenguh kaki2 berdiri kt dapur 2.
start dari pukul 7.30 smpai lah pkul 9.45 bru ciap !!
2 JAM lebih tuuu~
xsempat ambl gmbr time bt td, jadi pinjam gmbr dri google tersayang. hihi :D
tu pun bt ngn kakak, klau bt sorang-2 xtw la pkul brapa bru ciap.
hari ni, along balik. yeayy !! faqeh balik..
lebih kurang pkul 10.30 sampai.
okeylah, xleh nk on9 lama-2 kalau faqeh ada.
sibuk duk melayan die.


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 11:00 AM 2 suRat ciNtA

Thursday, February 16, 2012

Jalan Mujahadah Itu Indah ~

"...Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." [al Haj: 46]

Jalan menuju ALLAH ertinya jalan menuju syurga.Syurga itu tidak ternilai harganya. Perumpamaannya umpama kaca dengan permata. Kaca itu murah dan mudah didapati di mana-mana. Tetapi permata itu mahal, amat sukar untuk mendapatkannya.

Sudah ditakdirkan jalan menuju ALLAH penuh dengan godaan, ujian dan kesukaran. Tetapi apakah kita sengaja menempah susah? Tidak ! Kita hanya rela dan tega menerima kesusahan yang sementara demi kesenangan abadi. Inilah tradisi orang bijaksana. Sedangkan orang yang 'bijaksini' rela mengorbankan kesenangan abadi di sana (akhirat) hanya kerana inginkan kesenangan di sini (dunia).

Lupakah kita hakikat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. menerusi sabdanya :
"Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan, manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran " [al -Hadis]
Dalam hidup ini, manusia akan berhadapan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu dilakukan. Kedua perkara yang suka dilakukan. Dan sudah menjadi sunatullah, kedua-dua perkara itu saling bertindak bertentangan. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.


# okeylah, sedikit perkongsian yang ingin fairuz kongsikan dengan kawan-kawan semua selepas membaca buku 'Di Mana DIA di Hatiku?'. Harap-harap kawan-kawan dapat mengambil ilmu yang bermanfaat darinya. Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri. :)

Terimalah kesusahan yang sementara demi kesengan yang abadi. Dunia tempat kita menyemai, di akhirat nanti kita menuai

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 6:37 PM 0 suRat ciNtA

:: Persahabatan ::

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati mampu mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama.

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian daripada kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinnya.

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita. Ingatlah apabila kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda?? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai??

Siapa yang ingin bersama anda pada saat tiada satupun yang dapat anda berikan?? Merekalah sahabat-sahabat anda.

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Kerana seorang sahabat mampu lebih dekat daripada saudara sendiri.


teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 1:00 PM 2 suRat ciNtA

Wednesday, February 15, 2012

~ Malulah Wahai Da'i ~

Malulah wahai da'i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?

Malulah wahai da'i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malulah wahai da'i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?

Malulah wahai da'i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?

Malulah wahai da'i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?

Sedarlah wahai da'i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab ? Maka tidaklah kamu berpikir?" [QS al-Baqarah, 44] 

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"[QS ash-shaff, 61 :2-3] 
#karya asli : SaBaHaNmUsLiM

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 2:06 PM 0 suRat ciNtA

Tuesday, February 14, 2012

Awas !! Jerat Valentine

Menelusuri sejarah Sambutan Valentines Day, tiada bukti atau peristiwa yang khusus yang menjadikan sambutan ini perlu diperingati dan diikuti. Ia berdasarkan kepada teori yang dikemukakan oleh barat yang semata-mata bagi menyesatkan umat Islam.
Asal-usul tempat dan sejarahnya bukanlah persoalan pokok yang ingin dibincangkan namun ritual sambutan tersebut yang perlu kita jauhi yang jelas membuatkan manusia leka dan diakhiri dengan perbuatan maksiat yang sangat jelas bertentangan dengan prinsip syarak. Namun, umat Islam seolah-olah tidak menyedari akan kesesatan yang dibawa oleh barat. Malah turut sama menanti dan meraikan tarikh ini.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine dilarang oleh agama Islam.
Hakikatnya umat Islam dilarang mencampurkan akidahnya dengan agama lain. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud,
"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku." (Surah Al-Kafirun ayat 1-6)
Nabi SAW dengan tegas melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam habis yang bermaksud,
"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."






Sesungguhnya, sambutan ini sekaligus menggalakkan aktiviti zina khususnya mereka yang bukan muhrim. Jika tidak percaya dalam tempoh sembilan atau sepuluh bulan akan datang, kita akan dengar peningkatan kes kelahiran bayi tidak sah taraf dan kes pembuangan bayi, sekiranya sambutan Valentine Day tidak disekat. Ini juga diakui sendiri oleh rumah Perlindungan Raudhah Sakinan yang menerima ramai anak kelahiran Valentine ini.
Kita juga tidak mahu generasi akan datang iaitu anak cucu kita tahu akan kewujudan sambutan in. Oleh yang demikian wajarlah bagi kita menyekat dan terus menguburkan sambutan ini supaya masayarakat akan datang tidak lagi mendengar mengenai Valentine.

teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 1:16 PM 2 suRat ciNtA

Monday, February 13, 2012

Terima Kasih Kawan :)

Angin sepoi menyapa wajahku. Kicau burung kedengaran. Sungguh hebat ciptaan Allah. Aku termenung sendirian. Tidak dapat menerima hakikat yang esok kami bakal berpindah ke Bandar. Tiada lagi bunyi cengkerik, tiada lagi kokokan si ayam di pagi hari. Aku bakal merindui suasana kampung ini.
“Syu, sudah habis berkemas” Tanya ibu di luar pintu bilik.
“Hampir siap, ibu boleh kita balik ke sini lagi nanti?” soalku sedih kepada ibu.
“InsyaAllah boleh. Ini kan kerja abah. Kita perlu berada disisi abah. Syu kena faham itu” Ibu mengusap kepalaku.
Abahku bekerja sebagai polis. Dari kecil lagi kami sering berpindah mengikut tuntutan pekerjaan abah. Kali ini kami bakal berpindah ke Bandar. Aku sekali lagi akan menempuh hidup bersama kawan  baru, jiran baru dan sekolah baru. Teringat aku dengan surah An-Nisa ayat 19 ‘Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’ Mungkin dengan penghijrahan ke tempat baru ini ada hikmahnya.
Keesokan pagi kami bertolak ke Bandar, perjalanan kami mengambil masa selama 5 jam. Sesampainya di rumah baru, kami berkemas mengangkat barang ke dalam rumah.
“Assalamualaikum”
Aku menoleh kearah suara yang member salam. Aku hanya tersenyum. Jiran baru kami, seusia abah nampaknya menghulur salam kearah abah dan dia datang menolong abah mengangkat barang. Setelah mengangkat semua barang jiran baru kami iaitu Pak Cik Yusof mengajak kami sekeluarga makan malam dirumahnya. Pada mulanya abah seperti berat hati, tetapi kesungguhan Pak Cik Yusof membuatkan abah berubah fikiran. Usai solat maghrib, aku, ibu dan abah ke rumah Pak Cik Yusof.
“Assalamualaikum” Abah member salam.
“Waalaikumusalam” seorang wanita membuka pintu. Isteri Pak Cik Yusof agaknya.
“Jemput masuk, Yusof ada didalam” jemput isteri Pak Cik Yusof sambil menyalami ibu dan aku.
“Panggil saya Rahmah” isteri Pak Cik Yusof mengenalkan diri.
“Saya Zura. Banyak masak ni Rahmah. Susah-susah sahaja”  tutur ibu sambil tersenyum.
“Jiran baru, kena raikan” ujar Mak Cik Rahmah
“Rahmah berdua sahaja. Sunyi rumah” Tanya ibu.
“Saya ada 3 anak, 2 orang dah bekeluarga tinggal yang bongsu sahaja. Ke rumah kawan katanya. Kejap lagi balik la. Biasalah budak baru nak kenal dunia” seloroh Mak Cik Rahmah.
Aku hanya diam sambil memerhati keliling rumah Mak Cik Rahmah. Susunan perabot yang cantik dan kemas. Kami dihidangkan dengan hidangan nasi ayam madu dan pelbagai kuih muih. Dalam jam 10.00 malam kami sekeluarga pulang ke rumah.
Aku ke sekolah baru hanya ber jalan kaki kerana sekolah baruku hanya di hujung kawasan perumahanku sahaja. Gementar juga aku untuk memulakan persekolahan disini. Aku dibawa oleh guru kelasku ke kelas baru aku. Seperti biasa aku terpaksa mengenalkan diri dihadapan semua pelajar kelasku. Aku memandang sekeliling kelas dengan penuh mengharap, mengharap keadaan di kelas baru ini baik-baik sahaja. Aku ditempatkan di belakang sekali.
“Assalamualaikum” hulur tanganku untuk bersalam dengan pelajar yang duduk di sebelahku.
“Waalaikumusalam, Wana “ teragak-agak dia menerima huluran salamku tetapi sempat mengenalkan dirinya.
“Bolehlah Wana, tunjuk ajar apa yang perlu ya” ujarku ramah.
“Ya, insyaAllah”
Kelas bermula dengan subjek Matematik Tambahan. Aku sedikit kaget, takut aku ketinggalan kerana aku masuk ke sekolah ini di pertengahan tahun. Pelajaran bermula dengan subjek Trigonometri.
“Ada siapa yang ‘volunteer’ untuk selesaikan soalan ini” Tanya Cikgu Nisa guru matematik kami.
“Budak baru nak cuba cikgu” terdengar suara budak lelaki dari arah tepi ku.
Aku beristigfar, kenapa di hari pertamaku!
“Ya, Syu silakan kedepan” Cikgu Nisa memanggil. Ya, aku agak sedih tetapi aku tetap berjalan kedepan cuba untuk menyelesaikan masalah Trigonometri di papan putih di hadapan.
“Ok, bagus, ada soalan yang lain” Tanya Cikgu Nisa sambil memandang semua anak muridnya.
Seisi kelas hanya diam.
“Diam tak ada soalan la nampaknya. Terima kasih Syu” Cikgu Nisa terus menerangkan langkah kerja ku dihadapan.
“Kalau budak baru masuk memang selalu la kena usik. Jangan ambil hati sangat dengan Faiz tu” ujar Wana sambil memperkenalkan aku dengan Faiz empunya nama yang menyebut namaku sebentar tadi.
“InsyaAllah, aku cuba bertahan” gumamku perlahan.
Sesi persekolahan tamat untuk hari ini, aku berjalan pulang seorang diri. Semasa aku berjalan pulang, ada sebuah motosikal lalu di sebelah ku sambil membunyikan hon yang kuat, baru aku perasan itulah Faiz yang mengenakan aku dalam kelas matematik tadi. Aku jadi kelu apabila melihat motosikal itu masuk ke laman rumah Mak Cik Rahmah, jiranku! Mungkin ini anak bongsu Mak Cik Rahmah.
Di sekolah, aku cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru. Wana yang banyak menolongku.
“Wana, aku nak tanya sesuatu” ujarku perlahan.
“Kenapa Faiz tu selalu sangat usik pelajar sekolah ini, dan kadang-kadang aku tengok semua orang seolah tak peduli dan tak kisah bila diusik” soalku
Aku sebenarnya rasa hairan dengan sikap pelajar dan guru yang seolah-olah tidak mengambil peduli dengan sikap Faiz. Dia selalu ponteng kelas, dia selalu mengusik pelajar perempuan, dan yang paling aku tidak suka dia pernah menyuruh Wana menyiapkan kerja sekolahnya!
“Erm, susah hendak cakap. Faiz menghidap barah otak. Jangka hayatnya tak lama. Lagi setahun sahaja. Jadi kami semua malas hendak panjangkan cerita. Biarlah dia” ujar Wana. Aku terdiam. Tiba-tiba wajah Mak Cik Rahmah menyapaku.
“Tetapi itu bukan sebab dia boleh suruh kau buat macam-macam untuk dia” jawabku tegas.
“Jomlah Syu, loceng dah nak bunyi pun” Wana seolah tidak mahu memanjangkan cerita.
Sesampainya kami ke kelas, aku lihat penuh buku-buku atas meja Wana, lagi sekali Faiz mempergunakan Wana untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Faiz datang kemeja kami.
“Esok aku nak kau siapkan. Cepat sikit” ujar Faiz dengan selamba kepada Wana.
Aku dengan tanpa sedar memerhatikan Faiz dengan pandangan yang agak marah.
“Kau kenapa pandang aku macam tu? Kau pun nak tolong siapkan kerja aku?” soal Faiz kepadaku.
Aku hanya diam dan terus melakukan kerja aku tanpa menghiraukan Faiz.
Di rumah, selepas kami sekeluarga makan malam aku mentelaah pelajaran seperti biasa di dalam bilik tiba-tiba telefonku bergetar , Wana yang menelefonku.
“Assalamualaikum Syu”
“Waalaikumusalam Wana. Kenapa?” soalku laju.
“Syu, aku terpaksa balik ke kampung, nenek aku sakit tenat. Aku dah telefon Cikgu Nisa tadi. Nanti balik kau ajarkan aku apa yang aku tertinggal ya” pinta Wana
“InsyaAllah Wana. Jangan sedih ya Wana”
“Aku insyaAllah ok. Terima Kasih Syu. Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam” aku menutup bicara.
Agak janggal aku belajar tanpa Wana, kerana kami banyak berbincang bersama. Aku ingin ke perpustakaan selepas habis kelas, kerana ingin mencari maklumat untuk tugasan baru kami. Sedang aku bersiap mengemaskan beg sekolahku Faiz menuju kea rah mejaku.
“Siapkan kerja aku” sambil melemparkan bukunya ke arahku.
Aku diam. Mengumpul keberanian untuk mengatakan tidak kepadanya.
“Aku kesini atas tanggungjawab aku sebagai pelajar, bukan bahan untuk siapkan kerja kau. Maaf”  Bergetar mulutku menuturkan ucapan itu. Aku nampak riak ketidakpuasan hati Faiz terhadapku.
“Kau jangan kurang ajar dengan aku” tempik Faiz sambil menepuk meja.
“Aku kurang ajar dengan orang yang perlu diajar” ujarku sambil terus bergegas ke perpustakaan.
Aku mengambil tempat paling hujung konon untuk tidak diganggu, tetapi salah jangkaanku, Faiz datang mengekoriku. Aku cuba bertenang.
“Kau dah mencabar aku” katanya dalam nada rendah tetapi tegas. Mungkin dia mengawal suaranya kerana kami masih di perpustakaan.
“Apa salah aku sebenarnya” aku cuba berlembut. Api disiram dengan api akan terbakar. Aku terpaksa berlembut.
“Tak ada orang yang pernah menolak apa yang aku suruh, tapi kau”
“Faiz, kau tahu kau ini ada kelebihan, kau lain dari yang lain, kau dapat apa yang orang lain tak dapat” soalku dengan nada rendah
Faiz menjegilkan matanya kepadaku.
“Penyakit ini kau kata kelebihan? Penyakit ini kau kata lain dari yang lain?”
“Kau pernah penyakit itu penghapus dosa?”
Aku lihat Faiz diam. Aku tidak dapat mengagak apa sebenarnya yang ada dalam kepalanya.  Tetapi niatku satu memperbetulkan kembali keadaan.
“Hadith riwayat Bukhari ada mengatakan Tiada seorang mukmin yang rasa sakit (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya”
“Tetapi kenapa aku, kenapa aku!” Faiz masih tidak menerima kenyataan.
“Sebab kau insan terpilih. Allah pilih kau untuk diuji, untuk lihat sejauh mana ketabahan kau, kesabaran kau, tak ramai yang dipilih”
“Kau tahu aku ada lagi setahun untuk hidup? Ini kau kata ujian” ujar Faiz menahan sebak
“Kau patut sangat bersyukur kerana kau tahu dan dapat mengagak bila masa kau akan diambil olehNya” aku masih cuba berlembut.
“Kenapa kau cakap begitu”
“Contohnya orang yang tidak tahu ajal mereka, banyak dosa yang dilakukan dan belum sempat bertaubat, ajal dah datang. Tapi kau, kau boleh agak masa kau, setahun kau boleh gunakan untuk bertaubat, mendekatkan diri dengan Allah banyak ganjarannya Faiz”
“Kau cakap senang Syu. Kalau aku dah terlantar nanti macam mana?”
“Kau tahu ada hadith dari Abu Hunaifah yang menjelaskan kalau kau sakit dan tak boleh nak lakukan kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat catatlah pahala amalan dan kebaikan yang biasa kau lakukan ketika kau sihat”
Faiz hanya diam seolah merenung kembali apa yang aku katakana. Aku cuba menambah.
“Hidup ini sebenarnya ujian. Ujian yang kita dapat berbeza-beza. Ada yang diberi ujian kekayaan, kemiskinan, kesihatan, sempurna atau cacat anggota badan, cerdik, kecantikan rupa paras dan macam-macam lagi. Semua tu ujian. Dalam nak menghadapi ujian ini, ada yang akan bersifat gusar, keluh kesah, tidak tenteram. Ada juga yang sombong, angkuh, dan perasaan ini menjadi jiwa kita tidak tenang”
Faiz diam lagi.
“Jawapan dan penawar pada ujian ini adalah sabar dan syukur. Allah mengurniakan rezeki pada kita dalam pelbagai bentuk”
Aku lihat Faiz hanya menundukkan wajahnya.
“Penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif. Kalau kita selalu berlaku positif, InsyaAllah hal yang positif akan datang kepada kita. Bersangka baiklah dengan Allah”
Kami masing-masing terdiam. Cukuplah setakat ini aku ‘berhujah dengannya’ aku tidak mahu terus-terus menghentamnya, aku Cuma mahu dia memahami dan memperbetulkan kembali sikapnya.
Sudah seminggu Faiz tidak datang ke sekolah, di rumah juga aku langsung tidak nampak kelibatnya. Aku sebenarnya gusar takut kalau aku yang menyebabkan dia berkurung di dalam rumah.
Ketika aku sampai dirumah, ibuku sedang menyediakan makan tengah hari kami.
“Tadi Mak Cik Rahmah datang, hantar kuih pelita ini” ibuku memulakan bicara.
“Faiz dah seminggu tak datang kelas bu” aduku.
“Mak Cik Rahmah pelik, seminggu ini berkurung dalam bilik, tapi Alhamdulillah dia kata dia dengar Faiz baca Al-Quran, solat pun dah tak tinggal. Seronok Mak Cik Rahmah bercerita tadi” senyum ibuku.
Alhamdulillah, aku bersyukur mendengarnya. Aku tidak kisah kalau bukan aku yang menyedarkannya, tapi mungkin ada sebab lain yang berlaku atas perubahannya.
Aku masuk kebilik, seperti biasa aku akan melayari internet dan tersenyum membuka ‘facebook’. Kenapa remaja sekarang mengilai ‘facebook’ termasuk aku? Aku lihat ada mesej baru di akaun ‘facebook’ ku. Faiz!
“Assalamualaikum Syu, Terima kasih, sedikit sebanyak kau mengajarku dan menyedarkanku. Alhamdulillah”
Pendek sahaja mesej daripada Faiz, tapi sudah cukup buat aku tersenyum. Buku yang aku beli untuk kuhadiahkan kepadanya masih aku gengam. Semoga buku ‘Indahnya Sabar dan Syukur’ ini akan menjadi peneman Faiz nanti.



teRima kAsiH suDi bcA c:

L0veLy mAdE bY FairuzFauzey at 9:58 AM 0 suRat ciNtA
Subscribe to: Posts (Atom)

+ cursor switch +

カーソル・スイッチ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.

+ hamba Allah +

My photo
FairuzFauzey
bismillahirrahmaanirrahim.. hanyalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang sedang mencari mardathillah..begitu banyak lagi kekurangan yang perlu diubah dan dibaiki ke arah yang lebih baik..semoga terus istiqamah dalam perubahan ini..biiznillah :))
View my complete profile
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

+ bicara insan +

  • ►  2013 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (165)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (7)
    • ►  May (19)
    • ►  April (30)
    • ►  March (32)
    • ▼  February (29)
      • OFF to terengganu for a week tata~~ faqeh ! wait ...
      • Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Pepe...
      • + Doodle Khas Untuk Nyue +
      • * Seharum Pusara Masyitah *
      • Follower Ke-100
      • doodle dah sampai !
      • doodle ^^
      • Saya Join, Pasti Dapat Doodle
      • Tanda Berhenti dalam Al-Quran
      • FAKTA Tentang Senyum Dari Sudut Kesihatan
      • iloveyou
      • Jadilah Rakan Yang Terbaik Kepada Rakan Kita (:
      • + my baby +
      • FREEDOM !!
      • B.I.R.T.H.D.A.Y.
      • budak-2 bru nak belajar
      • Jalan Mujahadah Itu Indah ~
      • :: Persahabatan ::
      • ~ Malulah Wahai Da'i ~
      • Awas !! Jerat Valentine
      • Terima Kasih Kawan :)
      • Adab-adab Masuk ke Tandas
      • SUSAHKAH MENJADI WANITA ISLAM ?
      • 10 Adab Bersama Ibu Bapa
      • Salam Maulidur Rasul
      • i'm a muslimah, ALHAMDULILLAH !!
      • Layang-layang terbang tinggi...
      • mulianya WANITA ~
      • Hakikat Kehidupan
    • ►  January (27)
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (19)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)

+ ukhuwah fillah +

  • Ameer Faris
    Final Year Project
    8 years ago
  • Alya Natasha
    Resepi : Chicken Chop
    11 years ago
  • hannahiume's♥
    Kerana Cintaku Kepada Kalian... Lillahita'ala
    12 years ago
  • chEnta.piNk..~
    kelebihan bulan Rejab
    13 years ago
  • TERRITORY
  • ChopPa Choky
  • bicara Dr.Hanah
  • FIFIO

+ kawan kerana Allah +

+ terima kasih sudi singgah +